Welcome back, Brendan Gan + keputusan perlawanan ke-10 Liga Super 2022

289152960_554718029431344_295753045723910018_n.jpg

Isnin, 20 Jun 2022, 9:40 pm110

*Terengganu vs KL City*

Minit ke-20 Paulo Josue (KL City) berjaya meletakkan bola dalam jaring, tapi offside.

Banyak percubaan dicipta Terengganu, tapi penyudah lemah, mudah untuk Kevin Mendoza tangkap bola.

Man marking KL City bagus, selalu membayangi pemain Terengganu yang nak buat gerakan.

Minit ke-75 baru Terengganu dapat gol menerusi rembatan Habib Haroon susulan clearance tak jauh.

Minit ke-80 giliran Manuel Ott skor, rembatan dari kawasan tengah menuju penjuru kiri gol.

Dalam game ni dapat dilihat taktikal yang digelar Nafuzi Ball, satu teknik kawalan bola oleh pertahanan Terengganu bagi menghadap high pressing pemain lawan & menukar corak bertahan kepada menyerang ⁽¹⁾.

Perlawanan yang baik, cuma saya dapati pengadil suka tiup wisel panjang² 🥴.

Selangor vs Sarawak Utd

Coach B. Sathianathan kurang sihat, tugasnya diambil alih pembantu jurulatih Ahmad Nurfaizal. Terbaru, Sathia mengumumkan letak jawatan, dan jawatan ketua jurulatih Sarawak kini dipegang oleh S. Balachandran ⁽²⁾.

Brendan Gan kembali beraksi di Liga Super selepas berehat setahun kerana pemulihan daripada kanser ⁽³⁾.

Dia menjadi man of the match apabila menjaringkan gol pertama daripada deretan pesta gol Selangor malam tersebut ⁽⁴⁾.

Francis Kone (Sarawak Utd) dimasukkan pada minit ke-30, dilaporkan tidak 100% cergas.

Separuh masa pertama, Selangor memperoleh 4 percubaan tepat, 3 menghasilkan gol.

Separuh masa kedua, pemain Sarawak cuba memberi saingan, tapi pemain² terlalu banyak ball watching, hanya perhatikan pemain Selangor membawa bola, membuat gerakan & bertukar² hantaran.

Kawalan bola juga lemah, sering kehilangan bola atau menghantar kepada pemain lawan.

Pemain Selangor bebas tanpa banyak dikawal, memberi yang terbaik bagi setiap peluang yang ada & menjaringkan 4 gol yang tampak mudah. Caion (gambar) mencatat hatrik.

JDT tak main minggu ni, game ditangguhkan sebab Kedah nak bersedia untuk perlawanan peringkat Piala AFC ⁽⁵⁾. Berjaya dipintas Sabah untuk jadi pendahulu liga buat masa sekarang 😎.

Keputusan

18/6
Melaka Utd 0 – 0 N Sembilan
Sabah 2 – 1 Sri Pahang
Terengganu 2 – 0 KL City
Penang 1 – 1 PJ City

19/6
Selangor 7 – 0 Sarawak Utd

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
Sabah ↑18602157818
JDT ↓265101531216
N Sembilan9441117416
Kedah94231317-414
KL City104151618-213
Selangor63211991011
Terengganu ↑453027529
PJ City82331214-29
Melaka Utd722368-28
Sri Pahang ↓392251215-38
Sarawak Utd ↓110217824-167
Penang90451017-74

⁽¹⁾ https://grandstandkita.net/lihat-gerakan-nafuzi-ball-hancurkan-high-pressing-kl-city-dengan-7-hantaran/
⁽²⁾ https://grandstandkita.net/masalah-kesihatan-b-sathianathan-letak-jawatan-balachandran-ketua-jurulatih-baharu-sarawak-united/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/07/get-well-soon-brendan-gan-keputusan-perlawanan-ke-15-liga-super-2021/
⁽⁴⁾ https://grandstandkita.net/bolasepak-adalah-kecintaan-terbesar-dalam-hidup-saya-diatas-padang-itulah-perasaan-terhebat-brendan-gan/
⁽⁵⁾ https://www.utusan.com.my/sukan/2022/06/pertembungan-kedah-jdt-ditunda/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/554718109431336/

Tulis komen: