Tragedi Oktober + keputusan perlawanan ke-19 Liga Super 2022

309910447_764268608073387_499473894631526478_n.jpg

Khamis, 6 Oktober 2022, 9:45 pm71

Seminggu lebih tak ada menulis blog, kurang sehat 🤕 & kurang mood 😅.

Tragedi Kanjuruhan

Perlawanan antara Arema FC & Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, berakhir dengan rusuhan ⁽¹⁾ & rempuhan akibat situasi panik disebabkan gas pemedih mata daripada pihak polis, menyebabkan lebih 127 nyawa terkorban ⁽²⁾.

Penang vs KL City

Ini kemenangan pertama Penang untuk musim ini ⁽³⁾.

JDT vs N Sembilan

Dengar cerita N Sembilan sengaja buang game ini ⁽⁴⁾, sebab ramai pemain utama masih belum cukup cergas. Dengan jaringan yang besar & Sabah (di tempat ke-2) tewas, JDT diangkat sebagai juara Liga Super untuk kali ke-9, triple hattrick ⁽⁵⁾. Habis game, stadium pasang lagu tema Undertaker 😱.

Terengganu vs Sabah

Kalau Sabah menang perlawanan ini, mereka masih berpeluang untuk mencabar kedudukan JDT ditakhta liga. Tapi seawal minit ke-7, Terengganu dah skor melalui Pape Diakite.

Selangor vs Melaka Utd

Takda tengok live match ni, hanya baca berita pasal pembaharuan yang dibawa oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, kepada Selangor. Antaranya struktur 2-3-2-3 ⁽⁶⁾ dan Cheng Hoe ball, corak permainan hantaran pendek ⁽⁷⁾.

Kedah vs JDT

Kedah mendahului seawal minit ke-12. JDT menyamakan kedudukan pada minit ke-37 oleh Bergson. Sekarang Bergson dah jaringkan 24 gol untuk musim ini, tak ada pemain yang dapat mencabar anugerah kasut emas.

Di hujung separuh masa pertama, Bergson buat tomoi ke atas Rodney Celvin & dia dibuang padang ⁽⁸⁾.

Bermain dengan 10 pemain, Kedah gagal mengambil peluang, sebaliknya JDT yang menambah 2 lagi gol untuk meneruskan rekod tanpa kalah musim ini ⁽⁹⁾.

Piala AFC

KL City mencatat sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala AFC 2022, setelah menewaskan FC Sogdiana menerusi sepakan penalti 5-3 selepas seri tanpa jaringan sepanjang 120 minit perlawanan ⁽¹⁰⁾.

Keputusan

24/9
Penang 1 – 0 KL City

28/9
KL City 5 – 0 Sarawak Utd

1/10
Sarawak Utd 1 – 4 Sri Pahang
JDT 5 – 0 N Sembilan
Terengganu 2 – 0 Sabah
Kedah 0 – 1 PJ City
Selangor 5 – 0 Melaka Utd

4/10
Kedah 1 – 3 JDT

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT19154054114349
Sabah1911353021936
Terengganu ↑119112630161435
N Sembilan ↓11910542721635
KL City ↑1208572928129
Kedah ↓1198382730-327
Sri Pahang197393029124
Selangor196583632423
PJ City ↑1194871929-1020
Melaka Utd ↓1194692036-1618
Sarawak Utd2042141449-3514
Penang1924132038-1810

⁽¹⁾ https://grandstandkita.net/video-puluhan-jadi-korban-termasuk-anggota-polis-selepas-rusuhan-di-liga1-indonesia/
⁽²⁾ https://grandstandkita.net/tragedi-kanjuruhan-korbankan-127-mangsa-lebih-teruk-dari-hillsborough-dan-antara-yang-terburuk-di-dunia/
⁽³⁾ https://semuanyabola.com/liga-super-jaringan-tunggal-lucas-espindola-bawa-penang-kembali-raih-kemenangan/
⁽⁴⁾ https://semuanyabola.com/k-devan-rela-dibelasah-jdt-demi-menang-lawan-kedah-melaka-united/
⁽⁵⁾ https://www.hmetro.com.my/utama/2022/10/887747/jdt-juara-liga-super-lagi
⁽⁶⁾ https://semuanyabola.com/analisis-struktur-2-3-2-3-jadi-teras-organisasi-selangor-dibawah-kendalian-tch/
⁽⁷⁾ https://grandstandkita.net/video-lihat-cheng-hoe-ball-corak-permainan-baharu-selangor-fc-berpaksikan-hantaran-pendek/
⁽⁸⁾ https://semuanyabola.com/video-bergson-pamer-bakat-dalam-seni-bela-diri-tomoi-di-stadium-darul-aman/
⁽⁹⁾ https://semuanyabola.com/stamina-kelaut-jadi-faktor-kenapa-kedah-tewas-kepada-jdt/
⁽¹⁰⁾ https://semuanyabola.com/piala-afc-tangan-emas-mendoza-bawa-kl-city-ke-pentas-final/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/764268694740045/

Tulis komen: