Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

JDT merampas takhta + keputusan perlawanan ke-11 Liga Super 2022

290308263_559248248978322_5748082279485852650_n.jpg

Isnin, 27 Jun 2022, 8:25 pm0

Penang vs Terengganu

Ini adalah perlawanan ke-7 yang tertangguh, merupakan kemenangan pertama Penang musim ini ⁽¹⁾.

JDT vs Selangor

Ini juga perlawanan ke-5 yang tertangguh. Seperti perlawanan persahabatan Malaysia menentang Brunei tempoh hari, kemenangan besar Selangor ke atas Sarawak Utd bukanlah mencerminkan kemampuan sebenar Selangor, tatkala Sarawak Utd kucar-kacir tanpa ketua jurulatih.

Bertemu JDT barulah jumpa lawan sebenar. Namun 3 gol JDT berpunca daripada kesilapan mudah Khairul Azhan ⁽²⁾. Terutama sekali gol ke-4, kesilapan tersebut kalau Sharbinee yang buat mungkin tak apa, tapi ini oleh penjaga gol kebangsaan 🤨.

Melaka Utd vs Sarawak Utd

Perlawanan & kemenangan pertama Sarawak Utd di bawah kendalian jurulatih baru, S. Balachandran. Namun gol ke-2 Sarawak tu memang kontroversi ⁽³⁾ walaupun tak jelas Gonzalo Soto menolak penjaga gol Melaka Utd, Bryan See, tapi semasa permainan dapat nampak halangan fizikal dilakukan Soto.

Pujian diberikan kepada disiplin pertahanan Sarawak, berjaya mengelak lebih banyak gol daripada Melaka Utd walaupun jentera serangan mereka dibarisi import Sony Norde, Adriano & Ifedayo, bekas pemenang kasut emas musim lalu.

Tauffiq Ar-Rashid di posisi penjaga gol, beraksi cemerlang menggagalkan banyak percubaan tepat ke gawang. Lebih baik dia gantikan Sharbinee Allawee sebagai keeper utama.

AFC Cup 2022

24/6 ⁽⁴⁾
KL City 0 – 0 PSM Makassar
Bali United 2 – 0 Kedah

Keputusan

22/6
Penang 2 – 1 Terengganu

24/6
JDT 5 – 1 Selangor

25/6
N Sembilan 3 – 0 Sri Pahang
Melaka Utd 2 – 3 Sarawak Utd

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT ↑176102041619
N Sembilan ↑110541147719
Sabah ↓28602157818
Kedah94231317-414
KL City104151618-213
Selangor73222014611
Sarawak Utd ↑4113171126-1510
Terengganu ↓163038719
PJ City ↓182331214-29
Melaka Utd ↓18224811-38
Sri Pahang ↓1102261218-68
Penang101451218-67

⁽¹⁾ https://www.vocketfc.com/nafuzi-zain-aksi-santai-babak-pertama-hukum-terengganu/
⁽²⁾ https://makanbola.com/liga-super-selangor-bukan-tandingan-jdt/
⁽³⁾ https://makanbola.com/subkhiddin-persoal-pengadil-benarkan-gol-sarawak-united/
⁽⁴⁾ https://www.vocketfc.com/afc-cup-2022-kl-city-seri-tanpa-jaringan-kedah-tewas-0-2/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/559248298978317/

Tulis komen: