Keputusan perlawanan ke-12 part 1 Liga Super 2022

291182061_564020218501125_4648969221486857994_n.jpg

Isnin, 4 Julai 2022, 8:30 pm116

Hanya 2 perlawanan untuk minggu ke-12 semalam, yang lainnya perlawanan tertangguh. Hujung minggu depan, lepas raya haji pula, perlawanan ke-11 yang tertangguh.

JDT vs PJ City

Satu² peluang terbaik PJ City menjaringkan gol adalah pada minit ke-19, sepakan lambung kena palang, hampir menewaskan Farizal.

Gol pertama JDT oleh Bergson. Gol ke-2 oleh sepakan percuma cantik oleh Forestieri.

Gol ke-3 pun daripada Bergson. Sekarang dia mencatat 13 gol dalam 8 perlawanan. Forestieri pula 7 gol dalam 8 perlawanan. 2 orang pemain JDT saja dah catat 20 gol.

Gol ke-4, Bergson tak tamak cari hatrik ⁽¹⁾, walaupun berdepan keeper, dia nampak Forestieri dalam kedudukan lebih selesa untuk jaringkan gol. Mora pun tepuk² tangan 👏.

Melaka Utd vs JDT

Hanya lepas 15 minit, Bergson kesakitan buku lali kiri, digantikan dengan Safawi. Barisan serangan JDT kurang menjadi disebabkan kekebalan benteng Melaka Utd menghalang hantaran & gerakan JDT terutamanya Arif Aiman, tenggelam terus tak dapat nak melarikan bola ke dalam kotak penalti.

Terengganu vs Sri Pahang

Dalam 53 saat saja diperlukan Kpah Sherman untuk jaringkan gol pertama Terengganu. Kemudian permainan seimbang dengan berbalas serangan yang kebanyakannya penyudah tumpul.

Minit ke-80, Terengganu dapat penalti, lepas Faisal Halim ditarik tangannya hingga terjatuh dalam kotak penalti. Sepakan penalti pertama diselamatkan keeper Mamadou Samassa, tapi dibatalkan sebab keeper nampak bergerak ke depan sebelum sepakan diambil. Keputusan ini agak meragukan kerana tak jelas gerakan awal yang dibuat Samassa.

Sepakan penalti ulangan disempurnakan Faisal Halim, lalu dia menari² menganjing depan gol Sri Pahang ⁽²⁾. Apa lagi, naik hangin Samassa meluru ke arah Faisal 😆.

Piala AFC

Kedua² wakil dari Malaysia, Kedah & KL City layak ke pusingan kalah mati ⁽³⁾ 👍.

Keputusan

28/6
JDT 4 – 0 PJ City
Selangor 1 – 1 Sabah

29/6
Terengganu 0 – 0 N Sembilan

2/7
Melaka Utd 1 – 1 JDT

3/7
N Sembilan 0 – 1 Sabah
Terengganu 2 – 1 Sri Pahang

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT97202552023
Sabah ↑110712178922
N Sembilan ↓112552148620
Kedah94231317-414
Terengganu ↑38413108213
KL City ↓1104151618-213
Selangor ↓183322115612
Sarawak Utd ↓1113171126-1510
Melaka Utd ↑19234912-39
PJ City ↓192341218-69
Sri Pahang112271320-78
Penang101451218-67

⁽¹⁾ https://semuanyabola.com/bukti-nyata-yang-membuktikan-bergson-pemain-paling-tak-tamak/
⁽²⁾ https://grandstandkita.net/lihat-faisal-halim-cetus-kemarahan-keeper-sri-pahang-menganjing-molek-selepas-sempurnakan-penalti/
⁽³⁾ https://makanbola.com/piala-afc-kedah-ajar-visakha-cara-bermain-bola-sepak/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/564020255167788/

Tulis komen: