Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Perak lolos ke semi + suku akhir Piala Malaysia 2023

4F5E4DB3-F115-4CCE-B09B-E9A5CFE6EB1A.jpeg

Rabu, 27 September 2023, 10:40 pm0

Ini permainan sepak bola, bukan sepak bontot šŸ¤£.

NS vs JDT

Gol pertama JDT oleh Arif Aiman, rembatan kencang pada sudut sempit sebelah kiri gol. Gol ke-3 JDT menerusi free kick, semua defend NS naik tapi seorang ikut pergerakan pemain JDT turun mendekati gol, akibatnya tak jadi perangkap offside, dapatlah Bergson skor.

Perak vs Sabah

Gol tunggal Wan Zack Haikal membantu Perak menyingkirkan Sabah daripada saingan Piala Malaysia. Sumbangan WZH ini sampaikan radio Kool 101 pun buat tajuk perbincangan ā€˜membantuā€™ / ā€˜menerima bantuanā€™.

Sri Pahang vs KL City

Bermain di padang basah, gol Sri Pahang boleh dikira saguhati saja, penalti pada hujung masa kecederaan. Walaupun tidak lagi dikendalikan oleh Bojan, KL City pun lolos ke separuh akhir, mungkin ada peluang lagi untuk mara ke akhir untuk bertemu JDT, kalau dapat jinakkan skuad penyu.

Selangor vs Terengganu

Ivan Mamut menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam keduaĀ² perlawanan, tapi pada perlawanan ke-2 ini, dia tidak buka jersi untuk celebrate gol, sebab pada perlawanan pertama, dia celebrate macam tu lalu kena kad kuning, takut tak dapat main dalam separuh akhir šŸ˜‚.

Tamat perlawanan, Yazan Al-Arab kena kad merah, lalu dia menyepak pengadil. Kalau Faisal Halim kena denda bulan lalu, digantung permainan selama sebulan disebabkan kesalahan yang dilakukan pada bulan April, kali ni kita tengok berapa lama nak tunggu untuk hukuman bakal dikenakan terhadap pak arab ni.

Keputusan

13/9
N Sembilan 0 – 3 JDT (https://youtu.be/tv9eiqRBGq8)

15/9
Sabah 2 -2 Perak (https://youtu.be/LeILwcEOmtU)

16/9
Terengganu 2 – 0 Selangor (https://youtu.be/kDeUozfT3Po)

17/9
KL City 1 – 0 Sri Pahang (https://youtu.be/I9w_34tmjpk)

23/9
JDT 4 – 1 N Sembilan (aggr: 7 – 1) (https://youtu.be/bMiozlQQryQ)

24/9
Sri Pahang 1 – 1 KL City (aggr: 1 – 2) (https://youtu.be/CR_2gpJq70w)
Selangor 1 – 1 Terengganu (aggr: 1 – 3) (https://youtu.be/fGeoNRO1PK8)

25/9
Perak 1 – 0 Sabah (aggr: 3 – 2) (https://youtu.be/N4saMqVRrRI)

Artikel berkaitan:

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/986585985841647/

Tulis komen: