Ada beras yang bukan plant based ke? Hidrocarbon based? Mikroplastik?

C14FCFE5-75F2-44AE-A008-51A085A99089.jpeg

Sabtu, 30 September 2023, 8:20 pm13

Ada 2 jenis beras dalam pasaran:

  • Beras tempatan
  • Beras import

Harga beras tempatan adalah terkawal. Harga beras import pula tidak dikawal, ia mengikut harga pasaran yang ditetapkan oleh negara pengeksport.

Pada bulan Ogos, harga beras import telah meningkat sebab negara pengeksport meningkatkan harga jualan ⁽¹⁾. Jadi bermula September, harga runcit beras import telah meningkat. Beras tempatan pula harganya masih kekal.

Pada pengamatan saya, biasanya beras import 10kg dalam RM30 lebih, sekarang dah dalam lingkungan RM45.

Masalah yang akan timbul apabila harga beras import meningkat & harga tempatan tetap, ialah akan wujud segelintir pembekal yang menukar bungkusan beras tempatan kepada beras import, atau mencampur beras tersebut, dan menjualnya pada harga import untuk mengaut untung lebih.

Saya biasanya beli beras super spesial tempatan, kampit 5kg biasanya dalam RM13 lebih.

Viral di FB sekarang berkenaan beras ialah sawah padi mini di tepi gerai DKebunStall kat Kuala Selangor ⁽²⁾. Kebun dalam rumah saia pula dah terbengkalai ⁽³⁾, belum dapat mula balik kebun hidroponik 😅.

Gambar dari iHerb ⁽⁴⁾.

⁽¹⁾ https://ecentral.my/harga-beras/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/100000440981542/posts/pfbid02693VLsaGyP68iH3upoECpDVTekjvBxdBfwpeg5h37segCoJjonUcD3niYsWULWvUl/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2023/08/tanam-sayur-tumbuh-tauge-/
⁽⁴⁾ https://ml.iherb.com/pr/miracle-noodle-miracle-rice-8-oz-227-g/37663

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/988151192351793/

Tulis komen: