Ifedayo cipta rekod penjaring terbanyak setakat ini + keputusan perlawanan ke-21 Liga Super 2021

240971757_375653224004493_5781510311820315526_n.jpg

Isnin, 6 September 2021, 5:55 pm203

Sri Pahang vs Kedah

2 kali Pahang samakan kedudukan, lebih banyak ball possession daripada Kedah (60-40). Gol pertama Kedah oleh Amirul Hisyam, rembatan kencang dari penjuru luar kotak penalti menuju penjuru atas dekat palang gol Sri Pahang. Gol² Pahang dijaringkan oleh Kenjok Wal Athiu, ejaan begitu tapi disebut ‘Kenny Athiu’ 😅. Gol ke-2 Athiu sebenarnya gol sendiri oleh Loqman Hakim.

240667127_375653194004496_2411082607333256682_n.jpg
241427419_375653210671161_7112813887510164017_n.jpg

Terengganu vs JDT

Gol JDT terhasil mula² daripada sepakan kaki kiri ikonik Safawi Rasid, kemudian singgah kepada Akhyar Rashid, percubaannya ditepis keeper Ganu & sampai kepada Shane Lowry untuk mudah menyepak masuk gol.

Sabah vs Selangor

Waktu mula tengok game, keliru tengok Selangor pakai baju warna biru, biasanya warna merah kuning. Sebelum mula pesta gol, Sabah banyak menyerang, dapat 2-3 peluang menerusi Amri Yahya termasuk satu tandukan bebas tak dikawal defender.

Gol pertama Selangor oleh Ifedayo yang dapat bola daripada defender Sabah yang tersilap nak pass kepada keeper. 2 minit kemudian Ifedayo jaringkan gol bola lambung cantik selepas mendapat hantaran daripada pemain import dari Myanmar, Hein Aung.

Gol ke-3 oleh Mukhairi Ajmal yang dapat merampas bola daripada kesilapan passing pemain Sabah, lalu buat larian solo & rembatan kencang. Dia dah buat beberapa kali percubaan jarak jauh sebelum itu. Gol ke-4 oleh Nor Hakim Hassan, cubaan cantik bola lambung dari sebelah kanan gol Sabah, beberapa saat lepas mula 2nd half, broadcaster pun tak sempat nak bersedia buat replay 😅.

Sabah mula meningkatkan serangan, sekurang²nya untuk kurangkan perbezaan gol. Danial Asri menjaringkan gol ke-5, 2 minit lepas masuk menggantikan Arif Haiqal. Hatrik Ifedayo muncul selepas permainan passing antara Daniel Asri dengan Nor Hakim dari sebelah kanan gol Sabah, memintas keeper dan menghantar kepada Ifedayo yang mudah menolak bola masuk gol.

Ifedayo sekarang merekodkan 25 jaringan gol dalam satu musim, lebih tinggi daripada rekod pemenang kasut emas 2017 Mohammed Ghaddar dengan 23 gol ⁽¹⁾. Namun, beliau & Bergson masih berpeluang untuk merebut trofi tersebut dengan satu perlawanan terakhir hujung minggu ini.

JDT layak untuk menyertai Liga Juara² AFC, manakala pasukan UiTM sah akan turun ke Liga Perdana musim depan.

1/9
Sri Pahang 2 -2 Kedah

3/9
Melaka Utd 2 – 1 Perak

4/9
KL City 2 – 1 Kedah
PJ City 1 – 0 UiTM
Terengganu 0 – 1 JDT

5/9
Sabah 0 – 6 Selangor
Sri Pahang 1 – 2 Penang

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT2117314884054
Penang ↑22112453528740
Kedah ↓120123537241339
Terengganu ↓121114631181337
Selangor21106544281636
KL City218942618833
Melaka Utd ↑1215972427-321
PJ City ↑12156101427-1321
Sabah ↓22147102036-1619
Sri Pahang2146112336-1318
Perak2134141844-2613
UiTM2023151238-269

⁽¹⁾ https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/ifedayo-cipta-rekod-baharu-liga-super/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/375653364004479/

Tulis komen: