Pesta gol Ganu + keputusan pusingan 16 Piala Malaysia 2022

313216557_788861172280797_5698603611364493485_n.jpg

Isnin, 7 November 2022, 9:55 pm95

*PJ City vs JDT*

Sebelum mula perlawanan, kedua² pasukan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang P. Rajes (PJ City) yang maut dalam kemalangan jalan raya.

Gol pertama JDT daripada hantaran lintang Arif Aiman & disambut tandukan laju Shahrul Saad.

Gol ke-2 JDT menerusi Safawi Rasid yang melambungkan bola melangkaui Kalamullah yang dah keluar dari gawang gol.

Satu percubaan Arif Aiman di separuh masa ke-2, bola menjunam tapi terkena palang.

Akhyar Rashid skor gol ke-3, hasil daripada berbalas hantaran dengan Forestieri & Leandro.

Forestieri pula menjaringkan gol ke-4, selepas menerima hantaran dari sebelah kiri oleh Arif Aiman.

Sarawak Utd vs Kelantan FC

Gol Kelantan berpunca daripada bola yang terkena palang & tak dapat diselamatkan oleh Tauffiq Ar Rashid, kemudian mudah ditanduk masuk oleh Nurshamil Ghani.

Sri Pahang vs Terengganu

Hanya 48 saat usia perlawanan, Kpah Sherman dah menjaringkan gol Terengganu yang berpunca daripada kesilapan hantaran ke belakang oleh pertahanan Sri Pahang.

Pengulas kata, belum sempat kotor kasut Kpah, sudah skor 😆.

Minit ke-2, berpunca daripada larian Faisal Halim, membuat hantaran lintang, Kpah melepaskan bola kepada Nik Sharif untuk skor gol ke-2.

Pada pemerhatian saya, man marking pertahanan Sri Pahang berterabur. Faisal Halim masih boleh bebas berlari di belakang garis pertahanan, ada ruang sebelah di kanan.

Gol ke-3 bermula daripada lontaran ke dalam, Faisal Halim menggelecek pertahanan dalam kotak penalti sebelum merembat kenchang bila dekat gol.

Gol ke-4 pula menerusi hantara lob Manuel Ott kepada Kpah Sherman yang berdepan Mamadou Samassa, keeper Sri Pahang.

Terengganu vs Sri Pahang

Perlawanan timbal balik. Separuh masa pertama, Terengganu dah mendahului 4-0.

Pada separuh masa ke-2, Faisal Halim ada jaringkan gol, tapi dikira offside. Namun nampak seorang pertahanan Sri Pahang di tiang gol, pun dikira offside jugak? 🤔

Gol pertama Sri Pahang, rembatan Lee Tuck dapat ditangkap tapi bola dah melepasi garis gol.

Dengan agregate 9-3, kemenangan Terengganu ini dikatakan jaringan terbesar yang pernah dicatatkan dalam Piala Malaysia.

Keputusan

26/10
UiTM 1 – 2 Sabah
Sarawak Utd 0 – 1 Kelantan FC
Penang 2 – 2 Kuching City
PJ City 0 – 4 JDT
Kelantan Utd 0 – 2 Selangor
Kedah 1 – 2 N Sembilan

27/10
PDRM 0 – 3 KL City
Sri Pahang 1 – 5 Terengganu

31/10
JDT 2 – 0 PJ City (aggr: 6 – 0)
Kuching City 2 – 1 Penang (aggr: 4 – 3)
Sabah 1 – 1 UiTM (aggr: 3 – 2)
Kelantan FC 1 – 1 Sarawak Utd (aggr: 2 – 1)

1/11
Selangor 1 – 0 Kelantan Utd (aggr: 3 – 0)
N Sembilan 0 – 0 Kedah (aggr: 2 – 1)
Terengganu 4 – 2 Sri Pahang (aggr: 9 – 3)
KL City 1 – 0 PDRM (aggr: 4 – 0)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/788861195614128/

Tulis komen: