Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Bulan depan web hosting nak expired

Sabtu, 24 Ogos 2024, 8:45 am0

Ada rancangan untuk upgrade ke VPS atau ke , tapi Lightsail belum ada region kat Malaysia.

Yang terdekat hanya kat Singapura, sama seperti lokasi server Hostinger sekarang.

Kelebihan pilih hosting dalam negara sudah tentu kelajuan. Website lebih cepat loading sebab dekat dengan lokasi fizikal server.

Antara sebab lain, seperti satu artikel yang saya terbaca, adalah keselamatan & pemilikan data. Data yang tersimpan di sini dilindungi undang² negara, bukannya kena ikut arahan undang² negara luar.

9283E33E-E264-47B8-BAE8-EA7BB5660D67.jpeg
Kos untuk renew hosting ialah USD95.88 (RM419.45) setahun.

AWS ada menyediakan kalkulator harga ⁽¹⁾ untuk pelanggan menganggarkan jumlah kos penggunaan, dan untuk hosting laman web WordPress yang ringkas:

0001DA04-D810-468B-B9A0-125BD2215D7D.jpeg
AWS Lightsail – 2 vCPU, 1GB RAM & 40GB storan, USD82.32 (RM360.11) setahun.

Nak lagi berbaloi, Amazon ada tawarkan 3 bulan penggunaan percuma untuk pelanggan baru. Ini peluang baik untuk menambah skill set dalam menguruskan cloud hosting 🤓.

Untuk VPS, saya ada survey harga & mendapati Shinjiru mempunyai pakej yang paling optimum ⁽²⁾, berbanding hosting tempatan lain seperti Exabytes, VPS Malaysia & Hostinger.my.

1BA0B21B-ACC3-4032-96D6-7770D021E482.jpeg
Linux KVM VPS Value – 1 vCPU, 1 GB RAM & 25 GB.
  • Harga promosi bulan kemerdekaan: RM16.74 sebulan = RM200.88 setahun.
  • Harga biasa: RM27.90 sebulan = RM334.80 setahun.

Walau bagaimanapun, RAM 1GB tu nampak tak mencukupi. Saya rancang nak tambah beberapa fungsi lain yang tak dapat dilakukan dalam hosting semasa, yang bakal menggunakan lebih banyak RAM, antaranya:

  • Pasang database Redis sebagai WordPress object cache, atau sebagai storan data key-value.
  • Pasang geckodriver (Firefox) untuk digunakan bersama Selenium dalam NodeJS untuk tujuan web scraping ⁽³⁾.
  • Host aplikasi web lain menggunakan NodeJS atau Python

🧐🧮

⁽¹⁾ https://calculator.aws/
⁽²⁾ https://www.shinjiru.com.my/enterprise/ssd-virtual-private-server-linux-kvm/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2023/11/install-selenium-nodejs-geckodriver-firefox-on-macos/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1180797146420529/

Tulis komen: