Perbezaan keyboard Windows vs MacOS

166701656_276881257215024_2992055853035124932_n.jpg

Rabu, 31 Mac 2021, 11:00 am983

Pengguna biasa mungkin pernah dengar tentang Ctrl+C dan Ctrl+V, yang merupakan shortcut untuk copy & paste. Tapi ini sebenarnya eksklusif hanya untuk system operasi Windows, kalau guna MacOS, lain shortcut keyboard yang digunakan.

Di bawah saya senaraikan perbezaan fungsi & shortcut keyboard yang sering saya gunakan, antara Windows pada saya & MacOS pada Mini saya.

📌 Windows key vs Command key

Kekunci Windows fungsinya untuk aktifkan start menu. Kat keyboard MacOS, tak ada kekunci Windows, tapi ada kekunci Command dengan simbol ⌘.

📌 Fungsi kekunci Ctrl vs Command

Fungsinya kekunci Command kat MacOS sama seperti kekunci Ctrl dalam Windows, apabila digabungkan dengan kekunci lain, akan menjalankan fungsi² tertentu.

📌 Cut, copy & paste teks atau files

Dalam Windows, bagi teks, untuk cut = Ctrl + X, copy = Ctrl + C, dan paste = Ctrl + V. Untuk cut, copy & paste files pula, sama saja shortcut-nya.

Dalam MacOS pula, bagi teks, untuk cut = Cmd + X, copy = Cmd + C, dan paste = Cmd + V. Bagi files, fungsi copy files, sama juga Cmd + C, kemudian paste Cmd + V, tapi tak ada fungsi cut + paste. Sebaliknya ada fungsi move files, Cmd + C untuk copy files, kemudian Cmd + Option + V untuk move files ke folder baru.

📌 Rename file

Dalam Windows, gunakan kekunci function F2 semasa highlight file untuk menamakan semula file tersebut.

Dalam MacOS pula, tekan kekunci Return untuk menamakan semula. Bagi yang biasa guna Windows, kemudian beralih guna MacOS, ramai yang keliru dengan fungsi ini, akibat daripada memori otot (muscle memory).

📌 Buka file atau launch aplikasi / program

Dalam Windows, tekan Enter untuk buka satu² file atau program.

Dalam MacOS pula, tak ada fungsi untuk buka file atau program pada keyboard, kena guna mouse atau touchpad untuk double click file / program itu untuk dibuka / launch. Tapi, kalau hanya nak preview file tersebut, boleh guna Spacebar untuk lihat kandungan file secara preview.

📌 Kekunci Backspace & Delete

Dalam Windows, semasa menaip, kekunci Backspace akan mengundur ke belakang dan memadam teks yang telah ditaip, manakala Delete adalah untuk memadam teks ke hadapan.

Dalam MacOS pula, tak ada kekunci Backspace, hanya ada kekunci Delete yang terletak sama pada lokasi kekunci Backspace pada Windows, dan fungsinya juga sama, mengundur sambil memadam.

📌 Memadam file

Dalam Windows, untuk memadam file, tekan kekunci Delete, kemudian anda ditanya sama ada hendak buang file ke Recycle Bin. Kalau nak terus padam melangkaui Recycle Bin, gunakan Shift + Delete.

Dalam MacOS pula, untuk memadam file, tekan Cmd + Delete, file akan terus dibuang ke dalam Trash atau Bin. Kalau nak padam terus, tekan Cmd + Option + Delete.

📌 Kekunci Home / End

Dalam Windows, fungsi kekunci Home dan End adalah apabila semasa menaip, anda mahu letakkan cursor ke permulaan ayat dengan menggunakan Home, dan ke hujung ayat menggunakan End.

Dalam MacOS pula, tak ada kekunci Home dan End. Kena gunakan kombinasi Cmd + ← (anak panah kiri) untuk ke permulaan, dan Cmd + → (anak panah kanan) untuk ke hujung ayat.

📌 Kekunci PgUp / PgDn

Dalam Windows, kekunci PgUp (page up) adalah untuk scroll page sedikit demi sedikit ke atas, dan PgDn (page down) pula untuk scroll ke bawah sedikit².

Dalam MacOS, tak ada fungsi scroll sedikit² pada keyboard, kena gunakan mouse atau touchpad. Tapi MacOS ada fungsi untuk scroll terus ke page paling bawah, atau ketika menaip, pindahkan cursor ke hujung dokumen, dengan menggunakan Cmd + ↓ (anak panah bawah). Untuk scroll ke paling atas atau pindah cursor ke permulaan dokumen, gunakan Cmd + ↑ (anak panah atas).

Nota: Magic keyboard yang saya gunakan adalah jenis kompak. Kalau jenis saiz penuh, sekali dengan kekunci numeric, ada disertakan sekali kekunci Home, End, Page Up dan Page Down.

📌 Task switching

Task switching atau tukar² window yang sedang difokuskan, dalam Windows adalah menggunakan kekunci Alt + Tab.

Dalam MacOS pula menggunakan Cmd + Tab. Ataupun menggunakan kekunci function F3, yang ada ikon kotak² mengarey tu, akan mengaktifkan paparan Exposé, tapi kena guna mouse atau touchpad untuk pilih window lain.

📌 Printscreen

Dalam Windows, ada kekunci PrtSc. Tekan kekunci Windows + PrtSc untuk menangkap layar keseluruhan skrin dan terus menyimpannya sebagai file gambar dalam folder Pictures > Screenshots.

Dalam MacOS pula, tak ada kekunci printscreen. Kena gunakan Cmd + Shift + 3 untuk ambil keseluruhan skrin & terus simpan sebagai file gambar di folder Desktop. Kalau nak ambil tangkap layar pada window tertentu, tekan Cmd + Shift + 4 + Spacebar, kemudian cursor mouse bertukar jadi kamera, klik pada window yang nak diambil screenshotnya & akan terus disimpan di Desktop. Kalau tak jadi nak ambil screenshot, tekan Esc.

Untuk Windows, ada juga sebenarnya fungsi untuk ambil bahagian tertentu pada skrin, tapi kena guna Windows 10 dengan Creators Update dah terpasang. Gunakan kekunci Windows + Shift + S, kemudian kena pilih kawasan dalam skrin secara manual, mengikut bentuk kotak atau secara bebas (freeform), tapi pilihan tadi hanya disimpan dalam clipboard saja, kena klik pada pop-up Snip & Sketch untuk meng-edit selebihnya atau menyimpan sebagai file. Lebih kurang sama cara guna Lightshot.

📌 Menutup aplikasi atau tab aplikasi

Dalam Windows, semasa aplikasi yang ingin ditutup masih dalam fokus, gunakan Ctrl + Q atau Alt + F4 untuk menutup aplikasi tersebut.

Dalam Mac OS pula, gunakan Cmd + Q.

Bagi aplikasi yang menggunakan tab interface seperti Google Chrome, kalau nak tutup tab saja, gunakan Ctrl + W untuk Windows dan Cmd + W untuk MacOS.

📌 Tidurkan komputer (sleep)

Dalam Windows, saya tak jumpa shortcut untuk terus sleep-kan komputer. Yang paling dekat pun, tekan Alt + F4, kemudian pilih Sleep.

Dalam MacOS pula, kalau keyboard ada kekunci Power, selalunya pada keyboard laptop MacBook, tekan Cmd + Option + Power. Kalau kat magic keyboard saya ni, ada kekunci Eject, jadi tekan Cmd + Option + Eject, serta-merta skrin akan terpadam dan komputer pun tidur 💤.

🥱
😴
😪

Nak beli laptop Thinkpad murah & dapat beg laptop free? Beli melalui Shopee menggunakan link ini:

🛒 https://invol.co/cl35lvj

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/276881307215019/

Tulis komen: