Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Blog ini sudah berada di awangan ☁

D7795BFD-89BC-4EA5-B78A-C2A015C6DE84.jpeg

Isnin, 16 September 2024, 9:55 pm0

Lepas pindah ke sambil memanfaatkan free tier selama 3 bulan, saya dapati beberapa perbezaan antara Lightsail dengan hosting VPS lain.

Senarai ini mengikut turutan penemuan saya semasa memindahkan blog ini dari web hosting sebelumnya yang akan tamat seminggu lagi.

Sebelum itu, maklumat berkenaan Lightsail instance yang saya guna: 2GB RAM, 2 vCPU, 60 GB SSD, OS: Centos 9.

Awalnya saya pilih instance yang hanya ada 1GB RAM, tapi itu terlalu sedikit. Saya baru nak dnf install openlitespeed, sambungan SSH terus terputus sebab dah kehabisan memory.

Seterusnya berkenaan memory juga, semasa nak restore MySQL dump file ke database baru, 2GB RAM tu pulak kehabisan (run out of memory). Rupanya VPS ini hanya bagi RAM tanpa swap, jadi terpaksa cipta sendiri swap space berdasarkan artikel ini ⁽¹⁾. Mungkin juga sebab dah tak lama setup Linux, tu yang baru tahu 😅.

Berkenaan restore database pula, mulanya saya gagal untuk run command untuk restore, error ‘unknown command \- in line 1’. Character tu auto generate oleh mysqldump & tak mengandungi data penting dalam database, jadi delete saja line pertama tu tadi.

Kemudian berkenaan firewall, Lightsail sendiri dah ada firewall, yang mana pengguna boleh configure sendiri menerusi web interface AWS. Namun tak salah kalau masih pasang firewalld, bahkan semasa install fail2ban, ia akan install sekali firewalld. Kiranya ada 2 lapisan perlindungan network, tapi kena ingat configure untuk open/close port pada kedua²nya apabila memasang/mengubah services.

Akhir sekali, perbezaan terbesar ialah tak dapat guna postfix untuk hantar email, kena pakai Amazon punya service, Simple Email Service (SES), sebab ada info mengatakan AWS menutup port 25 yang digunakan postfix untuk menghantar email.

Disebabkan blog ini menggunakan WordPress, jadi isu email ini mudah diselesaikan dengan menggunakan plugin ‘WP Offload SES Lite’ berdasarkan artikel di website pembangun plugin tersebut ⁽²⁾.

Nota penting jika guna crontab untuk WP cron: kalau lepas set crontab kat Lightsail pastu kat PHP error log nampak banyak error ni:

Cron reschedule event error for: *hook_name* hook, Error code: could_not_set, Error message: The cron event list could not be saved

Pastikan dah delete semua cron job kat hosting sebelum ini. Error ni keluar sebab ada 2 HTTP request ke wp-cron.php pada masa yang sama & mewujudkan race condition & WP tak dapat nak save cron data ke database.

Apa yang saya peroleh di AWS berbanding web hosting sebelum ini?

Yang paling utama ialah dapat menggunakan Redis sebagai object cache. Sebelum ini saya gunakan plugin Docket Cache sebagai object cache, yang mana data disimpan di filesystem. Berbanding Redis yang menyimpan data dalam memory, oleh itu kelajuan page loading dapat ditingkatkan.

Selain itu, aplikasi web tidak terhad hanya dalam PHP sahaja. Dapat cuba host aplikasi web dalam NodeJS atau Python & lihat apa kelebihan atau kekurangan setiap language.

Di sudut database pun sama, dapatlah buat app yang menggunakan database selain MySQL / MariaDB seperti Redis (key-value store), MongoDB (document database), atau Neo4j (graph database).

Antara kelebihan lain ialah dapat mempelajari infrastruktur Amazon Web Services, mencuba beberapa services seperti EC2, S3 atau Lambda, bagi menambah pengetahuan dalam bagaimana untuk mengoptimumkan application hosting. Bahkan AWS ada services berkenaan AI seperti Amazon Q, mungkin nanti boleh buat ChatGPT sendiri kat blog ni 😎.

⁽¹⁾ https://www.webhostingforbeginners.net/how-to-add-swap-space-on-aws-lightsail-server-instance/
⁽²⁾ https://deliciousbrains.com/amazon-ses-tutorial/

Biasa² aja kopi Richiamo

12 September 2024

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1196924804807763/

Tulis komen: