Banyak benda baru belajar, belum sempat nak tulis semua

nuxtjs-dev.png

Ahad, 17 Ogos 2025, 9:20 pm

Ini yang baru belajar tadi, .

Dalam kategori frontend UI library yang menawarkan ciri² component-based UI dan reactive variable binding, ada 3 library utama iaitu React, Angular & .

Angular adalah full-featured frontend framework, selain UI library, ia juga ada kemampuan yang melengkapkan ciri² sesebuah framework, seperti router management, state management & server-side rendering.

React & Vue pula hanya UI library. Bagi React, ada NextJS yang melengkapkan fungsi² full-stack framework. Manakala untuk Vue, ada Nuxt.

Saia baru saja belajar setup project, buat page untuk load data dari blog guna REST API , dan configure untuk guna Bootstrap untuk bina UI. Ini baru langkah kecil pertama, ada banyak lagi benda nak buat sebelum ia dapat menggantikan frontend blog sekarang.

Source code untuk projek ini saya simpan dalam Git repo yang saya self-hosted dalam kat rumah menggunakan Gitea, yang running sebagai containerized app dalam .

Web app hosting menggunakan Docker juga salah satu perkara baru yang telah saya aplikasikan dalam beberapa bulan lepas, tapi belum sempat nak tulis berkenaannya, tentang cara Docker berfungsi secara lebih terperinci, dan kelebihannya berbanding running web app terus pada host operating system.

P.s: guna Docker untuk run Dropbox sendiri (unlimited quota), Spotify sendiri (library lagu sendiri, tak ada iklan) & password manager sendiri (simpan unlimited password dalam laptop sendiri, bukan dalam server orang lain) 🤓.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1447301486436759/

Tulis komen: