6 Oktober 2020, 11:20 am
JDT vs Sabah - Selepas keeper Sabah ditukar, terus masuk 2 gol mudah. Dengan kemenangan ini JDT sah menjuarai Liga Super untuk kali ke-7 berturut² ⁽¹⁾. Keesokan harinya, Safawi Rasid terus berhijrah ke kelab Portimonense SC dalam Liga Primeira Portugal ⁽²⁾.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2020
28 September 2020, 11:55 am
PJ City vs JDT - Kredit diberikan kepada keeper PJ City, Kalamullah Al-Hafiz kerana berjaya mengekang beberapa percubaan dan sepakan percuma dari JDT. Kalau minggu lalu keeper Selangor dah lama tak diturunkan dan mungkin tidak bersedia, kali ni keeper PJ City sudah bersedia menghadap sepakan percuma Safawi Rasid. Padang yang basah & kesediaan pemain PJ City antara faktor JDT sukar untuk mendapatkan gol kemenangan.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2020
22 September 2020, 10:11 am
JDT vs Selangor - pada separuh masa pertama, formasi Selangor adalah teratur dan kompak, serta high pressing menyebabkan JDT terkial² nak mencari jaringan. Hanya ada sedikit percubaan on-target, dan hanya satu jaringan dihasilkan daripada sepakan percuma Safawi Rasid. Keeper Selangor, Farizal Harun, yang lama tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, bergantung sepenuhnya kepada benteng pertahanan, gagal untuk meneka arah sepakan Safawi.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2020
13 September 2020, 11:00 am
Hanya tinggal 4 perlawanan saja lagi untuk musim ini. Disebabkan pandemik Covid-19, #LigaMalaysia tahun ini dipendekkan tanpa ada perlawanan timbal balik. JDT yang sedang mendahului liga dengan 6 mata di hadapan Kedah, ada harapan untuk menjadi juara lagi.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2020
6 September 2020, 10:40 am
Minggu ni sempat tengok full match dua game berikut:
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2020
30 Ogos 2020, 1:55 pm
Sebelum ni saya tengok game #LigaMalaysia kat TV saja, tapi buat masa sekarang, aerial TV masih belum habis pasang lagi, jadi #MyTV ni belum dapat guna lagi. Nasib baik Chromecast dah dapat pakai balik.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaSuper2020
#MyTV
28 Mac 2020, 7:10 pm
Siaran ulangan kat RTM Sports dah berkali² tengok sampai naik boring. Terfikir pulak nanti bila liga dah bersambung nak buat posting laporan keputusan perlawanan menggunakan hashtag #LigaMalaysia. Sekarang baru ada 4-5 jumlah perlawanan, nanti² dpt tengok balik perkembangan liga, dari mula sampai ada pemenang.
#bolasepak
#LigaMalaysia
#LigaPerdana2020
#LigaSuper2020
28 Februari 2020, 9:04 pm
Stadium baru #JDT khas utk bola sepak, menandakan permulaan #LigaMalaysia musim 2020 ⚽️.
#bolasepak
#JDT
#LigaMalaysia