Sistem perpaipan set aquaponics

25 Februari 2019, 2:47 pm

Isnin, 25 Februari 2019, 2:47 pm Pam air berada di dalam tangki ikan, berfungsi menyedut air dan sisa kotoran dari dalam tangki ke penapis radial flow. Saya pasang sambungan T untuk membahagikan saliran, satu ke penapis dan satu lagi ke tangki ikan, yang dipasang injap kawalan, bertujuan mengawal kadar aliran air ke penapis. Saluran paip […]

Penutup tangki ikan

20 Februari 2019, 12:59 am

Rabu, 20 Februari 2019, 12:59 am Tangki ikan yang saya guna asalnya adalah untuk tangki simpanan air, jadi ia datang dengan penutup. Untuk dijadikan tangki ikan, saya ada terfikir untuk memotong lubang tinjau di penutup tangki. Tapi kalau dah berlubang nanti tak dapat nak gunakan semula sebagai tangki simpanan air jika saya ubah fikiran. Oleh […]

Definisi sayuran organik

12 Februari 2019, 3:44 pm

Selasa, 12 Februari 2019, 3:44 pm Definisi organik ini ada pelbagai. Untuk tanaman sayuran, sesetengah orang hingga mengambil kira jenis media tanaman untuk menentukan sama ada sayuran itu organik atau tidak. Bagi kami, sayuran organik hendaklah bebas daripada racun serangga sintetik. Ini kerana sisa racun inilah yang mengancam kesihatan kita. Media dan baja tanaman boleh […]

10-year challenge: Invincible Youth

3 Februari 2019, 7:28 pm

Ahad, 3 Februari 2019, 7:28 pm Sebelum #10yearchallenge menjadi viral, saya terfikir untuk menulis pos mengimbau perkara 10 tahun dahulu. Bukan berkenaan diri saya, tapi berkenaan rancangan variety TV Korea iaitu Invincible Youth. Ia adalah rancangan tentang sekumpulan wanita daripada beberapa kumpulan Kpop, ke sebuah kampung untuk menjalani kehidupan luar bandar. Mereka belajar segala cara […]

Sambungan pancur ke tangki ikan & jaring teduh

26 Januari 2019, 9:34 pm

Sabtu, 26 Januari 2019, 9:34 pm Paip ke bawah dari pancur dah sambung terus ke tangki. Ada 2 lubang yang dah ditebuk pada tangki – lubang paip 2″ pada mulanya untuk solid lifting outlet, tapi paras air dalam tangki terlalu tinggi, jadi saya buat satu lagi lubang, saiz 1″, yang sekarang digunakan sebagai saluran limpah […]

Pemasangan pancur pada awning belakang rumah

22 Januari 2019, 10:35 pm

Selasa, 22 Januari 2019, 10:35 pm Merujuk kepada posting lalu, paip 4″ yang digunakan sebagai pancur, telah dibelah dua, kemudian disusun di atas satu sama lain, mengikut arah aliran air hujan yang dikehendaki. Buat masa sekarang pancur tersebut hanya diikat menggunakan dawai tebal. Pancur dipasang pada awning dengan menggunakan lebihan paip PVC 1/2″ dan 1″, […]

Restart aquaponics set

19 Januari 2019, 12:16 am

Sabtu, 19 Januari 2019, 12:16 am Kanvas yang dipasang pada awning di belakang rumah sewa kami dah rosak, selepas kira2 10 bulan. Di sini saya simpan tangki bulat yang pada mulanya hendak digunakan sebagai tangki ikan untuk aquaponics. Kebetulan ada lebihan paip UPVC 4″ daripada pembinaan rumah dango di kampung, dan juga ada sambungan paip […]

Pak choy aquaponics

14 Januari 2019, 9:01 pm

Isnin, 14 Januari 2019, 9:01 pm Pak choy aquaponics ni dah 9 minggu (dari semai), sepatutnya dituai dalam minggu ke-6 hingga 8, tapi dibiarkan tumbuh lagi disebabkan saiznya yang kecil. Sekali imbas, daunnya masih hijau, walau ada sedikit klorosis, cuma saiznya yang kecil lebih separuh daripada saiz pokok yang sihat. Walaupun menggunakan filter hydroton, kotoran […]