Nak cari lens kit murah 😅?
Khamis, 23 September 2021, 9:00 pm
Nak cari lens kit murah 😅?
Ni ada lens kit Caniam EF 24-105mm, dalam 30-40 ringgit jak jual kat Wanda 😆.
Khamis, 23 September 2021, 9:00 pm
Nak cari lens kit murah 😅?
Ni ada lens kit Caniam EF 24-105mm, dalam 30-40 ringgit jak jual kat Wanda 😆.
Ahad, 5 September 2021, 11:00 pm
Jalan² tengok matahari terbenam kat Damai Central.
Ramai ambil kesempatan hujung minggu ke tepi pantai tengok air laut & matahari terbenam. Saya join sekali nak practise #fotografi matahari terbenam 📸.
Sabtu, 4 September 2021, 7:00 pm
Nampak bintang kejora.
Selalu dengar dalam lagu, disebut bintang kejora, tapi sebenarnya itu bukan bintang. Ia adalah planet Zuhrah (Venus), planet paling dekat dengan bumi arah mendekati matahari, kalau Marikh (Mars) pula arah menjauhi matahari ⁽¹⁾.
Khamis, 2 September 2021, 9:30 pm
Bulan kebangsaan Malaysia, 31 Ogos hingga 16 September.
Bangunan DUN Sarawak baru nampak meriah dengan suluhan cahaya warna bendera Malaysia pada waktu malam.
Jambatan Gantung Satok, dalam album panorama 360.
Jambatan Gantung Satok yang pertama dibuka pada penghujung tahun 1926 di mana dibina untuk menghubungkan saluran paip bekalan menyeberangi Sungai Sarawak. Jambatan ini juga menghubungkan penduduk untuk menyeberang sungai di mana hanya pejalan kaki dan kenderaan ringan dibenarkan.
Saya cuba buat lightbox DIY 💡.
Lightbox / kotak cahaya ini adalah seperti studio mini, mempunyai sumber pengcahayaan yang boleh dilaraskan bertujuan untuk mengambil gambar #fotografi atau video. Selalunya digunakan untuk mengambil gambar produk untuk laman e-commerce.
Ini boleh kira egg yolk sunset kah 🌅?
Dalam bidang #fotografi, pemandangan matahari terbenam dengan cahaya kuning yang nampak mengalir cair ini dikenali sebagai egg yolk sunset. Selalunya dapat diperhatikan di tepi pantai, pada bentuk matahari terbenam di permukaan laut pada cuaca yang cerah.