Banyak juga jangkaan saya tepat mengenai Perodua Ativa

20 February 2021, 9:00 am

Banyak juga jangkaan saya tepat mengenai Perodua Ativa.

Lepas setahun menunggu, semalam baru pasti yang model terbaru SUV kompak #Perodua ini akan dijual pada julat harga 62k hingga 73k ⁽¹⁾.

Tahun lalu saya ada menulis jangkaan beberapa ciri yang bakal dipasang pada model yang sebelum ini dikenali dengan nama kod D55L ⁽²⁾. Berikut adalah perbandingannya:

📌 Enjin – seperti dijangka, menggunakan enjin 1KR-VET ⁽³⁾, enjin 1.0L 3-silinder Axia / Bezza dengan turbo, sama seperti enjin Daihatsu Rocky / Toyota Raize.

📌 Platform DNGA – seperti dijangka ⁽⁴⁾, sudah tentu sebab model ini diambil daripada Daihatsu Rocky. Cuma kena tunggu maklum balas daripada test drive media permotoran untuk tahu sama ada platform ini sama taraf bagusnya dengan TNGA. Saya nak tahu kualiti pemanduan, kestabilan & tahap kesenyapan kabin (NVH rendah).

Berkenaan pemanduan, saya dapat tahu yang Ativa akan guna RWD (pacuan roda belakang) ⁽⁵⁾, oleh itu pengendalian stering mungkin lebih baik, berbanding #kereta FWD (pacuan roda depan).

📌 Sistem ASA lebih advance – seperti dijangka, mendapat ciri² keselamatan terkini daripada Daihatsu Rocky ⁽⁶⁾.

Ciri² sistem ASA 2.0, sedia ada:

• PCW – memberi amaran jika mengesan potensi pelanggaran
• PCB / AEB – membrek secara automatik jika mengesan potensi pelanggaran
• FDA – memberi amaran jika kenderaan di depan dah jalan (semasa berhenti di lampu isyarat)
• PMC – mengelak tersalah tekan pedal minyak kalau ada halangan di depan

Ciri² terbaru ASA 3.0 dalam Ativa:

• LDW – memberi amaran jika kenderaan terkeluar dari lorong
• LKC – mengekalkan kenderaan dalam lorong (mungkin sistem ini dapat mengawal stering?)
• BSM – memberi amaran jika ada objek di kawasan titik buta
• RCTA – memberi amaran jika ada trafik melintas di belakang semasa mengundur
• ACC – mengekalkan halaju kenderaan tanpa menekan pedal minyak

📌 Cruise control – ini satu²nya model Perodua yang mendapat cruise control, dan bukannya cruise control biasa, ini adaptive cruise control.

• Cruise control biasa – pandu sehingga kelajuan yang dikehendaki, kemudian kuncikan kelajuan, dan sistem cruise control akan kekalkan kelajuan tersebut, tanpa anda pijak pedal minyak.
• Adaptive cruise control – setkan kelajuan yang dikehendaki, kenderaan akan laju sendiri sehingga halaju yang ditetapkan & membrek sendiri kalau ada trafik perlahan. Cara penggunaan mungkin berbeza bergantung kepada pengeluar kenderaan.

📌 Gearbox DCVT – (updated) seperti dijangka, tapi kurang tepat ⁽⁷⁾. DCVT (Dual mode CVT) daripada Daihatsu ini sedikit berbeza daripada DCVT (Direct shift CVT) daripada Toyota.

DCVT Toyota menggunakan gear nisbah tetap pada gear pertama, kemudian bertukar kepada CVT apabila halaju kenderaan semakin tinggi.

Manakala DCVT Daihatsu pula menggunakan gear nisbah tetap pada gear terakhir, bermaksud apabila kenderaan sudah pada halaju tinggi & meluncur (cruising), CVT akan bertukar kepada gear terakhir yang mempunyai nisbah gear tinggi.

Saiz takal pada DCVT Daihatsu ni agak kecil, jadi untuk nisbah terakhir (gear paling tinggi), kalau masih guna CVT, mungkin enjin masih lagi berputar laju, oleh itu mereka gunakan gear nisbah tetap. Ini supaya, contohnya pada halaju 110 km/j, putaran enjin hanya 2000 RPM saja, jadi lebih jimatkan petrol & kurang bunyi bising enjin.

📌 Sistem infotainment – ini lebih dari jangkaan saya. Ativa dapat skrin 9 inci dengan voice recognition, mungkin boleh panggil ‘hai perodua’ untuk berbual dengan kereta 😅.

Instrument panel juga pertama kali gunakan jenis digital, jadi meter halaju & RPM semua di dalam skrin 7 inci.

Cuma saya tak tahu kalau sistem infotainment ini dapat guna Android Auto & Apple Carplay atau tak 🤔.

Untuk harga pula, boleh bajet² bayar dalam 700 ke 800 sebulan, ikut berapa banyak loan bank bagi.

Cuma satu yang saya agak terkejut, iaitu saiz tangki petrol, 36 liter saja, sama saiz tangki Viva, mungkin sebab nak kurangkan berat kenderaan. Kelemahan tangki petrol kecil ni, kalau nak jalan lebih jauh, kena isi tangki lebih banyak kali berbanding kenderaan dengan tangki yang lebih besar. Jalan pesisir (coastal road) kat Sarawak ni kurang sangat stesen petrol.

Dah tagline model ni ‘activate every destination’, mestilah nak guna untuk bawa banyak orang & barang ke destinasi² baru, yang jauh² kan? 😎

Dari hal tangki petrol, tengok pula #hargapetrol untuk minggu ke-4 Februari 2021:

🟡 RON 95 – 2.00 (+0.04)
🟢 RON 97 – 2.30 (+0.04)
⚫️ Diesel – 2.15 (harga siling)

⁽¹⁾ paultan.org/2021/02/19/perodua-d55l-suv-vs-the-proton-x50-and-perodua-aruz-specs-comparison
⁽²⁾ azwan082.my/2020/03/dengarnya-suv-compact-perodua-akan-keluar-dlm-suku-terakhir-tahun-ni
⁽³⁾ paultan.org/2021/02/22/perodua-ativa-suv-1kr-vet-1-0l-3cyl-turbo-deep-dive
⁽⁴⁾ paultan.org/2021/02/23/perodua-ativa-d55l-suv-dnga-platform-explained
⁽⁵⁾ youtu.be/UP-K-izKeNs
⁽⁶⁾ paultan.org/2021/02/19/official-2021-perodua-d55l-suv-open-for-booking-1-0t-cvt-asa-3-0-lka-acc-3-variants-from-rm62-5k
⁽⁷⁾ paultan.org/2021/02/24/perodua-ativa-how-d-cvt-is-different-to-other-cvts

Pin It Send Copy Link

Komentar :