Pemasangan pancur (palung) atap
Ahad, 6 Januari 2019, 12:31 am0
Rumah dango kami seperti kebanyakan rumah di kampung belum lagi memiliki bekalan air paip, jadi kami bergantung kepada air hujan sebagai sumber air. Kebetulan hujung tahun lalu saya mengambil cuti panjang, jadi dapatlah saya siapkan pemasangan pancur dan tangki air, untuk menyimpan air hujan menggunakan 3 biji tong air 55 gelen.
Sebelum memulakan kerja-kerja pemasangan. Kayu bulat di tepi rumah ini saya dapat daripada pekerja yang melakukan pemasangan tiang elektrik.
Pancur siap dipasang. Gutter PVC sepanjang 20 kaki ini saya dpt drpd lebihan binaan rumah burung yg disimpan oleh bapa mertua. Saya hanya perlu beli kaki utk memasang pancur ke rumah, end cap dan juga downspout bersaiz 4 inci, sesuai dipasang dgn paip UPVC 4 inci.
Tapak untuk tangki. Lapik paling bawah sekali menggunakan kayu bulat daripada gelung kabel elektrik yang disebut awal tadi, kemudian ditambah dengan struktur seperti kayu pallet yang dibuat sendiri, bagi meninggikan kedudukan tangki. Saya hanya guna kayu terbuang sahaja sebab saya jangka tangki ini hanya untuk kegunaan sekitar 2-3 tahun sahaja, sebelum dialihkan bagi membina kawasan dapur dan bilik air.
Tangki dan pili air siap dipasang. Ketiga-tiga tangki disambung di bahagian bawah menggunakan paip 1/2 inci, dan disambung terus ke pili, jadi kedalaman air untuk semua tangki adalah sekata. Bukaan di atas tangki dilapik dgn netting kebun bagi menapis kotoran & juga mengelak jentik2.
Pin this image:
9 Januari 2019
4 Januari 2019