Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad (16 gambar)

Rabu, 22 November 2023, 10:15 pm0

78BA8D51-6B82-405D-A3F7-D09873AD01B9.jpeg
semasa bertugas di Langkawi pada 1956, stylo berjambang 🧔🏻‍♂️.

(Sambungan daripada artikel sebelum ini ⁽¹⁾).

Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh Mohamad bin Iskandar daripada seorang penjual yang pada masa itu hendak kahwinkan anaknya. Rumah ini telah dibina pada tahun 1900. Semasa membeli ini, ianya tidak dicat, dan tidak mempunyai serambi serta tangga di hadapan. Beberapa tahun kemudian baharulah ditambah bahagian hadapan dan dicat. Bahagian tengah rumah dibina oleh tukang Melayu manakala bahagian depan rumah dibina oleh tukang Cina.

121A7CF7-B2E0-4C4D-BE07-98F72CE725CA.jpeg
Replika rumah dalam bilik bacaan.

Tujuan rumah ini dibesarkan adalah bagi memberi keselesaan kepada adik-beradik Mahathir yang telah berkahwin dan masih tinggal bersama di rumah ini. Pada asalnya rumah ini mempunyai satu bilik sahaja dan tidak mempunyai sumber elektrik. Ia berlantai papan dan bahagian anjung berlelangitkan kain putih.

F212E8CE-A316-4E67-AD02-6AB8B5CC31A8.jpeg
Koleksi buku lama, dengan majalah mekanik memaparkan camper yang boleh dipasang pada trak pikap zaman 70-an.

Di sebelah kanan rumah ini ialah rumah keluarga Pak Osman, manakala di sebelah kiri ialah rumah keluarga Ah Neo. Di hadapan rumah pula, terdapat berek yang didiami oleh rakyat berbilang kaum, dan menjual pelbagai jenis makanan seperti satay dan popia. Manakala jalan di hadapan rumah ini merupakan laluan utama bagi pejalan kaki untuk ke jalan besar.

D636729C-6309-4D29-839A-FB493720259B.jpeg
Radio lama brand Philips, belum dapat lagi guna gelombang FM (frequency modulation), hanya support SW (short wave) dan MW (medium wave).

Mahathir telah dilahirkan di rumah ini pada 20 Disember 1925. Beliau tinggal di rumah ini sehingga beliau mendirikan rumah tangga. Selepas berkahwin, Mahathir dan isteri berpindah ke kuarters kerajaan yang terletak di Jalan Day, Alor Setar, .

DCF395E5-536C-49C1-82F6-927C75365E7D.jpeg
Tongkat kepunyaan ayah Tun M.
Mahathir Mohamad – Sejarah Awal

Mahathir telah dilahirkan pada hari Jumaat, 20 Disember 1925 bersamaan 4 Jamadil Akhir 1344 di rumah No. 18 Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Bapanya ialah Mohamad Iskandar, pengasas Sekolah Inggeris pertama di Alor Setar, sekarang dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau menjadi guru besar pertama di sekolah tersebut. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalah dari keturunan Wan Su iaitu Datuk Temenggung Kulut Bukit Lada, Kedah.

1E342882-7A98-41E6-B0D4-AB71D67493FE.jpeg
Pakaian ibu bapa Tun M, ada seluar slack nampak macam fesyen bell bottom 🕺.

Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan orang adik beradik, empat orang perempuan dan lima orang lelaki. Tiga daripada mereka, dua lelaki dan seorang perempuan adalah adik beradik sebapa hasil perkahwinan Mohamad Iskandar dengan isteri terdahulu sementara Mahathir bersama tiga orang kakak dan dua orang abang adalah saudara seibu sebapa.

EC069BB1-3048-412C-8C64-423C651B9D24.jpeg
Kat bahagian dapur ada banyak barang lama yang dah jarang jumpa seperti batu giling ini.
21C9AA7F-AB6C-4860-B3EF-352BEB22ABF0.jpeg
Siapa tahu apa nama benda ni? Bukan replika tapir ya 🤪.

Beliau dibesarkan di bawah asuhan ibu yang penyayang dan bapa yang tegas dalam mendidik anak-anaknya, khususnya dalam menyemaikan disiplin dan ilmu pada setiap ahli keluarga beliau. Pendidikan awal Mahathir bermula di Sekolah Melayu Lelaki Seberang Perak, Alor Setar dan kemudian disusuli dengan melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

281D97CB-81DD-4657-B504-DC130A0AAC76.jpeg
Di sini tempat untuk membasuh pinggan mangkuk periuk belanga.
17DEFBCC-3063-4E34-8F7B-4E7C31AC0A9E.jpeg
Macam dapur kayu kat rumah nenek saia dulu.

Ketika pelajarannya tergendala selama empat tahun semasa pendudukan Jepun, beliau memulakan perniagaan menjual cendol, gerai kopi dan kemudian gerai menjual buah-buahan dan hasil kraftangan di Pekan Rabu. Apabila perang tamat, Mahathir menyambung semula pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid dalam tahun 1945. Beliau kekal di situ sehingga memperolehi sijil Cambridge School Certificate.

9F54B6D8-28F1-4BB1-B1FB-BEFC3CC0DE08.jpeg
Gambar ni terlebih exposure, saya nak tunjuk peralatan di tengah² tu, nampak macam pengisar, entah untuk kisar daging kah, kisar kopi?
7A50D9D0-7623-4406-9F22-04E2413F8F91.jpeg
Lampu pelita minyak tanah, reka bentuk tradisional. Ada handle untuk angkat macam dumbell 😅.

Di waktu sekolah, beliau amat serius dalam pelajaran dan meminati bidang penulisan. Beliau ditugaskan sebagai penyunting majalah sekolah ‘DARULAMAN’ yang diterbitkan oleh Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1945. Setelah tamat persekolahan, beliau bekerja sementara sebagai kerani di Pejabat Daerah Alor Setar dari Mac 1947 hingga Ogos 1947. Setelah mendapat kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan Cambridge School Certificate, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura.

10417A7B-F5A4-4141-9F74-9440B4A20CF5.jpeg
Di samping itu, saya suka tengok wiring elektrik, suis & plug point lama yang sekarang dah tak dipakai lagi. Dah tak jumpa wayar elektrik disusun cantik pada dinding rumah, semua dah disimpan dalam paip conduit.

Semasa di kolej, Mahathir kerap mengambil bahagian dalam bidang perdebatan dan majlis perbahasan. Mahathir telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan dalam pelbagai bidang dan telah mendapat penghormatan tertinggi apabila dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam di kolej tersebut. Beliau juga meneruskan minatnya dalam bidang penulisan dan telah menjadi ketua penyunting majalah pelajar-pelajar perubatan di kolejnya. Di waktu itu beliau telah mula menulis untuk akhbar Straits Times dengan menggunakan nama timangan beliau iaitu ‘CHE DET’.

F5DC7CC8-B33E-44F1-9A55-611A1ECC92F9.jpeg
Beralih ke bahagian luar rumah, ini basikal kegemaran Tun M.

Mahathir telah dianugerahkan dengan Ijazah Perubatan MBBS dalam tahun 1953 dan mula berkhidmat dengan kerajaan dalam tahun 1954. Pada tahun 1955, beliau bertugas di Hospital Besar, Alor Setar dan kemudian bertugas di Langkawi dan ditukarkan semula ke Hospital Besar, Alor Setar sehingga September 1957.

E2E18D94-0D27-4ACC-B040-75A3F07BB0F6.jpeg
Lesung kaki, batang kayu panjang ini ditekan menggunakan kaki di sebelah kanan & kepala lesung di sebelah kiri yang menumbuk makanan.

Pada 1 Oktober 1957, Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Pegawai Perubatan Kerajaan untuk membuka klinik sendiri yang diberi nama ‘MAHA KLINIK’, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Pada masa itu hanya ada lima buah klinik perubatan persendirian di Alor Setar dan klinik beliau ialah yang pertama ditubuhkan oleh orang Melayu. MAHA Klinik menjadi tumpuan rakyat, khasnya orang Melayu dari Alor Setar dan persekitarannya. Klinik ini telah dipindahkan ke Pekan Melayu, Alor Setar pada tahun 1959 kerana keperluan yang meningkat. Mahathir telah berkahwin dengan Siti Hasmah, juga seorang Pegawai Perubatan pada Ogos 1956.

DF8F3DB3-8AB9-4C19-9C2A-721C6D413E01.jpeg
Beca ini terletak di bawah gazebo wakaf di luar halaman rumah. Tayarnya diperbuat daripada kepingan getah tebal, bukannya tiub getah.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/11/melawat-rumah-kelahiran-tun-m-gambar-wide-angle/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1016501476183431/

Tulis komen: