Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Rak barang kebun DIY

Jumaat, 9 Ogos 2019, 5:52 pm0

① – Kali ini saya cuba membina rak barangan dengan rangka A. Berdasarkan gambar, tiang di bahagian tepi akan didirikan dengan berbentuk huruf A. Cabaran di sini ialah dengan memastikan kayu rangka aras yang menyambung kedua² tiang berada dalam aras ketinggian yang sama.

Jika dilihat di dalam gambar, jarak antara lantai dan aras bawah rak (garisan merah) antara kedua² tiang dan belah (kiri & kanan) mestilah sama. Begitu juga jarak antara aras bawah dan atas rak (garisan hijau). Ini yang akan memastikan ketinggian yang sama antara aras rak.

② – Seterusnya, bagi memastikan aras rak tidak senget, saya memasang kayu rangka aras dengan menggunakan level. Dengan ini, kecondongan kayu tiang depan dan belakang adalah sama. Kayu aras bahagian atas lebih lebar & dipasang 2 skru untuk menguatkan struktur rangka supaya tidak mudah berubah² kecondongannya.

③ – Kedua² belah rangka kemudiannya disambung. Mulanya saya tak pasti bagaimana mahu mendirikan rangka² tersebut sambil diskru, tapi caranya mudah, gunakan saja pengapit G.

Skrukan kayu aras menyambungkan kedua² belah rangka A pada bahagian bawah dahulu, kemudian baru pada aras yang atas.

④ – Di sini saya pasangkan kayu aras bahagian atas, dan juga kayu penyokong merentas keseluruhan struktur rak, yang bertujuan mengelak rak menyenget ke kiri atau kanan.

Kesemua sambungan diikat menggunakan skru 2 inci.

⑤ – Setelah rangka telah siap, bolehlah dipasangkan lantai aras, di sini saya menggunakan lebihan plywood yang ada.

⑥ – Dan di sini pula saya menambah satu lagi aras, aras tengah pada rak ini. Sekarang segala peralatan berkebun, baja, racun dan barang² di luar rumah dapat dikumpul di satu tempat 👍.

Ikuti Instagram dan Facebook untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan kerja DIY dan juga projek² sampingan saya.

Pin this image:

Tulis komen: