Rak sidai kain DIY daripada katil bayi
Jumaat, 13 September 2019, 5:30 pm0
① – Rangka kayu daripada baby cot (katil bayi) ini juga saya dapat daripada rumah kakak saya awal tahun ini. Setelah berbulan² akhirnya datang juga idea dan mood untuk menyiapkan rak sidai kain DIY ini .
Kayu 1×2 yang telah divarnis tu pula daripada rangka DWC aquaponics tahun lalu.
② – Rangka katil bayi ini ada dua saiz, dan saya mahu buat dua aras menyidai. Kayu 1×2 ini panjangnya 53”, tinggi aras pertama ialah 32” dan jarak ke aras kedua ialah 21”.
Tiang dan rangka disambung menggunakan cara tanggam parit & lekap. Senang sikit nak buat tanggam sebab kat rumah ada jigsaw dan ada bekalan elektrik, kalau dibandingkan kat rumah kampung semasa saya buat meja ketuhar, belum lagi ada elektrik, kena guna cara manual, gergaji tangan.
Untuk memasang tiang dan rangka, saya kena baringkan struktur dan menggunakan apit G untuk menetapkan kedudukan kayu² tersebut.
③ – Kayu² disambung menggunakan gam kayu kemudian diikat dengan skru 1½”
④ – Kaki hadapan rak kemudian dipasang begini, ada kayu di bawah yang dipegang menggunakan apit G bagi memastikan jarak antara kaki depan dan belakang adalah sekata. Kaki rak sidai ini juga disambung menggunakan gam kayu dan skru.
⑤ – Disebabkan kaki hadapan rak sidai hanya bersambung pada satu tempat, jadi saya menambah kayu penyokong padanya. Kayu 1×2 sepanjang 1’ ini juga sisa daripada projek DWC aquaponics, dan hujungnya dipotong pada kecondongan 45º. Kayu² penyokong ini kemudiannya dipasang menggunakan gam kayu dan paku 1½”.
Rak ditinggalkan semalaman di luar untuk membolehkan gam kering.
Disebabkan kayu 1×2 ini adalah kayu terpakai, jadi ia agak kotor dengan tanah, jadi ia telah dicuci terlebih dahulu, sebelum dapat digunakan & diletakkan di dalam bilik.
Oh ya, selamat ulang tahun penubuhan Malaysia ke-56.
—
Ikuti saya di Instagram, Facebook dan Twitter untuk mendapatkan pengumuman kandungan terbaru berkenaan DIY dan juga projek² sampingan saya.
Pin this image:
20 September 2019
6 September 2019