Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Harga bahan api fosil April minggu ke-3 2020

wm_93409562_137508131152338_1842928002371944448_n.jpg

Sabtu, 18 April 2020, 9:20 am0

Awal minggu ni OPEC+ dan Rusia akhirnya bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak mentah. Perundingan ni ambil masa lama sebab Mexico enggan untuk bekerjasama. Namun US berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam rundingan ini sehingga Mexico, Arab Saudi, Rusia & negara pengeluar minyak semua bersetuju.

Jumlah potongan pengeluaran yg dipersetujui adalah sebanyak 9.7 juta tong sehari untuk OPEC+, 3.7 juta tong sehari untuk US, Brazil dan Kanada, manakala negara G20 lain masih belum memuktamadkan jumlah.

Potongan pengeluaran ini akan bermula pada bulan Mei, dan berlanjutan selama 2 tahun. Sepanjang 2 tahun akan datang, pengeluaran akan dinaikkan sedikit² selari dengan pemulihan ekonomi global.

💛 RON 95 – 1.25 (0.00)
💚 RON 97 – 1.55 (0.00)
🖤 Diesel – 1.43 (-0.03)

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/137508127819005/

Tulis komen: