Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Upgrade SSD & RAM Mac mini, part 1

Isnin, 3 Ogos 2020, 5:50 pm0

Ini mini saya, model hujung 2012, datang dengan 1TB hard disk & 4GB RAM. Punyalah sikit RAM, dah ketinggalan zaman, telefon Android pun ada yang pakai 8GB. Jadi untuk disesuaikan dengan tahun 2020, saya nak upgrade storage ke SSD dan RAM ke 16GB secara .

116620894_167177258185425_4305775171589359347_n.jpg

① – Untuk SSD, saya pilih Kingston A400 480GB (https://c.lazada.com.my/t/c.bcVaZs?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Fkingston-a400-ssd-sata3-25-sa400s37480gb960gb-i491136516-s870110015.html).

Bagi RAM pula saya pilih Crucial 2Rx8, 8GB 2 keping (https://c.lazada.com.my/t/c.bcV6uT?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2F2pcs-8gb-crucial-kits-8gb-2rx8-pc3l-12800s-ddr3-1600mhz-sodimm-laptop-memory-ram-suitable-for-all-brands-of-laptops-i1276048559-s3858166357.html)

116236276_167177284852089_406847700735203036_n.jpg

② – Langkah² untuk memasang SSD & RAM ni saya berpandukan pada artikel ini (https://www.imore.com/how-upgrade-2012-mac-mini). Namun ada beberapa langkah yang saya nak ulas lanjut.

Contohnya skru pada kipas ini, 2 daripadanya tidak perlu / tidak dapat dikeluarkan daripada lubang pemegang pada kipas ini.

Modul WiFi pada bahagian kanan gambar (yang ada plat stainless steel berlubang²) kena tolak sedikit ke kiri & kanan untuk mengeluarkannya daripada casing Mac mini yang kecil ni.

116683682_167177318185419_1459941572495310330_n.jpg

③ – Plastik yang menutupi bawah hard disk ni kena ditanggalkan dulu sebelum menanggalkan connector SATA.

117122957_167177344852083_2670802287604254607_n.jpg

④ – Macam ni rupa dalam Mac mini lepas hard disk dikeluarkan. Sebenarnya boleh muat 2 hard disk atau SSD saiz 2.5” tapi kena ada tambah cable adapter seperti ini: https://c.lazada.com.my/t/c.bc9Vfl?url=https%3A%2F%2Fwww.lazada.com.my%2Fproducts%2Freplacement-hard-drive-hdd-ssd-sata-cable-connector-for-mac-mini-a1347-820-1044-a-821-1004-a-821-1500-a-kits-i902008990-s2235338753.html

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/167177361518748/

Tulis komen: