Nak buat salsa tapi jadi acar sayur 😅

Khamis, 22 Oktober 2020, 1:15 pm705

122512390_187747056128445_7808675728706249233_n.jpg

① – Bahan² yang saya guna untuk buat salsa ni: tomato, bawang besar, bawang putih, daun sup, cili besar, lemon tempatan & serbuk perasa daripada mi Maggi ayam.

Saya tukar beberapa bahan daripada resipi asal sebab saya target untuk dapatkan semua bahan dari satu kedai saja iaitu Emart Batu Kawa.

Antaranya daun sup untuk menggantikan daun ketumbar. Walaupun rasa kedua²nya berlainan, tapi saya suka lagi rasa daun sup. Lebih rasa macam sup 😂.

Resipi asal dari Mexico guna jalapeño (sebutan: halapinio), sejenis buah cili yang kurang pedas tapi aroma pedasnya unik, takda dijual di sini jadi saya gantikan dengan cili besar. Ingat nak cuba guna capsicum hijau tapi tak jumpa jugak.

Untuk menambah perasa, resipi asal guna garam, lada dan serbuk jintan putih (cumin). Ini terpulang kepada masing² nak bagi perasa macam mana, guna serbuk perasa Maggi ayam pun jadi.

122446963_187747079461776_2334424724030489526_n.jpg

② – Cara buat mudah saja. Cincang semua bahan pastu campurkan dalam satu bekas. Bubuh serbuk perasa dari mi Maggi dan perah lemon ke atas semua bahan. Gaulkan rata & simpan dalam peti sejuk.

Resipi asal ada banyak varian, ada yang guna tomato dipotong dadu dalam tin (diced canned tomato), ada yang kisar (blend) bahan selepas diadukkan, ada juga yang panggang tomato sedikit sehingga ada kesan terbakar untuk bagi rasa hangus² sikit (char flavor).

122446002_187747106128440_3599503905269239155_n.jpg

③ – Ini hasil selepas simpan beberapa jam. Boleh jugak sebenarnya terus lepas digaulkan.

Kalau mengikut sukatan yang saya gunakan – 5 biji tomato, 2 biji cili besar, setengah ikat daun sup, 2 biji bawang besar, 6 ulas bawang putih, 5 biji lemon – dapat hasilkan sebanyak 2 kontena plastik begini, cukup makan untuk 6-7 hari.

Walau bagaimanapun, lain kali ada sedikit pengubahsuaian yang kena saya lakukan, sebab rasa masam dari lemon tu kuat sangat, pastu kurang rasa masin dari serbuk perasa. Mungkin saya akan tukar lemon dengan limau kasturi, bagi lebih masam manis sikit. Bawang besar pun mungkin dikurangkan sebab kuat sangat aroma bawang.

Lepas tu nak tambah lagi serbuk perasa, hampir tak ada rasa masin. Entah² garam dah larut, rasa masin pun kurang, yang tinggal hanya kandungan sodium yang tinggi dalam sayur. Nak kena jaga² juga tu 👨🏻‍⚕️.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/187747136128437/

Tulis komen: