Terengganu kekalahan pertama, JDT hampir² kalah + keputusan perlawanan ke-5 Liga Super 2021

163493404_271854487717701_5399914464884223500_n.jpg

Isnin, 22 Mac 2021, 2:00 pm512

Selangor vs Penang – Selangor yang beraksi cemerlang mengikat JDT pada perlawanan sebelumnya, tampak hilang arah apabila gagal membayangi formasi Penang dengan susunan asas 4-3-3, dan bertahan dengan 4-1-4-1 ⁽¹⁾.

JDT vs Perak – JDT lebih banyak menguasai perlawanan. Berbelas percubaan on-target & sepakan percuma diselamatkan oleh goalkeeper Perak, Hafizul Hakim. Serangan balas Perak dengan sepakan on-target de Paula menghasilkan 2 jaringan mendahului JDT. Mujur di hujung masa tambahan, JDT mendapat penalti & tidak disia²kan oleh Leandro Velázquez.

Permainan Perak nampak agak kasar, dan ada beberapa orang terpaksa dikeluarkan seperti Mohamadou Sumareh. Dengan itu, JDT dihadiahkan banyak sepakan percuma, tapi satu pun tak menghasilkan gol.

Sabah vs Terengganu – Sabah mencatat kemenangan pertama, dengan menundukkan penghuni tangga ke-2 liga, Terengganu, yang juga mengalami kekalahan pertama.

Melaka Utd – dikenakan pemotongan 3 mata kerana gagal membayar baki ansuran tonggakan gaji pemain & pegawai ⁽²⁾.

20/3
Melaka Utd 2 – 1 KL City
Selangor 0 – 2 Penang
UiTM 0 – 1 Kedah

21/3
Sabah 2 – 1 Terengganu
Perak 2 – 2 JDT
PJ City 1 – 0 Sri Pahang

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT5320113811
Terengganu531195410
Kedah ↑1531174310
Penang ↑352214318
PJ City ↑152215508
KL City ↓352126427
Selangor ↓2512268-25
Perak ↑2512247-35
Melaka Utd ↓151406514
Sabah ↑1511347-34
Sri Pahang ↓2511337-44
UiTM501418-71

⁽¹⁾ https://axello.net/p-pinang-2-selangor-0-sistem-doubling-berasaskan-4-1-4-1-penang-dedahkan-kelemahan-selangor-tiada-playmaker-tengah/
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/03/798069/melaka-kena-potong-3-mata

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/271854517717698/

Tulis komen: