Pengadil & pemain kena gantung + keputusan perlawanan ke-6 Liga Super 2021

166908703_279874276915722_3158920850221631160_n.jpg

Isnin, 5 April 2021, 11:00 am600

bersambung semula selepas rehat satu minggu. Sepanjang tempoh tersebut, beberapa berita berkenaan tindakan tatatertib dikenakan oleh FAM:

  • Pengadil, Khirulazuan Kidam digantung tugas selama dua minggu secara serta-merta, kerana kualiti pengadilan yang tidak memuaskan semasa perlawanan Sabah vs Terengganu ⁽¹⁾.
  • Natxo Insa (JDT) digantung 2 perlawanan kerana mengasari pengadil sejurus tamat perlawanan menentang Perak ⁽²⁾.

Perlawanan ke-6 ini merupakan perlawanan pertama yang menerima penonton di stadium, dengan kapasiti penonton dihadkan bergantung kepada status PKPB atau PKPP di kawasan stadium terbabit, dengan penjarakan sosial di tempat duduk dalam stadium & penjualan tiket hanya melalui online ⁽³⁾.

JDT vs Melaka – Baru saja tiup wisel mula, Melaka Utd menerusi Sony Norde dah merembat tepat ke arah gol JDT. Tapi JDT balas balik dengan gol pendahuluan pada minit ke-4, tandukan Adam Nor Azlin menerusi sepakan sudut.

Kemudian menerusi kesilapan KFCM & Jang Suk Won, JDT mendapat gol ke-2 melalui rembatan Bergson. Selepas itu, Melaka Utd gagal bangkit. JDT tenang mengawal tempo perlawanan, sempat menambah satu gol 10 minit sebelum masa tamat.

2/4
Kedah 3 – 1 Sri Pahang
JDT 3 – 0 Melaka Utd
Terengganu 0 – 0 PJ City

3/4
Penang 2 – 1 Perak
UiTM 0 – 2 Selangor
KL City 0 – 0 Sabah

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT64201431114
Kedah ↑16411105513
Terengganu ↓1632195411
Penang632164211
PJ City62315509
KL City62226428
Selangor62228808
Sabah ↑2612347-35
Perak ↓1612359-45
Melaka Utd ↓1614168-24
Sri Pahang6114410-64
UiTM6015110-91

⁽¹⁾ https://fam.org.my/news/tindakan-fam-terhadap-beberapa-insiden-membabitkan-pengadil-pemain-pada-hari-perlawanan-5-liga
⁽²⁾ https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/432542977818944
⁽³⁾ https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/penonton-boleh-hadir-ke-stadium-saksi-liga-malaysia-mulai-1-april/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/279874313582385/

Tulis komen: