Rekod baru penjaring terbanyak + keputusan perlawanan ke-21 Liga Super 2022

311486067_769284554238459_6307207602771163144_n.jpg

Rabu, 12 Oktober 2022, 10:30 pm45

*Sarawak Utd vs Selangor*

Meriah bunyi stadium, selalunya sendu. Adakah ultras Selangor ramai² datang ke Kuching? 😯

Sri Pahang vs Sabah

Di hujung perlawanan baru terhasil gol. Gol Steven Rodriguez pada minit ke-85, dah nampak seperti kemenangan berpihak kepada Sri Pahang.

Namun Sabah tak berputus asa, menyamakan kedudukan menerusi Dominic Tan pada minit ke-89. Dalam masa kecederaan tandukan Dominic Tan menuju ke tengah hadapan gol Sri Pahang, disambut oleh Park Tae Su dengan mendada kemudian menyepak libas terus ke gawang untuk gol kemenangan Sabah.

JDT vs Kedah

Dua kali Leandro ambil sepakan percuma, suara pengulas naik sampai dua octave 😂.

Tackle sikit pun pengadil bagi kad kuning. Tapi tackle Bergson terhadap keeper Kedah, memang patut kena kad kuning, sampai terpaksa ditukar keeper baru.

Hujung separuh masa pertama, Ronald Ngah Wanja menjaringkan gol pendahuluan Kedah, bola chip melewati Farizal Marlias.

Minit ke-50, bola terkena tangan pemain Kedah, dan JDT dapat sepakan penalti. Bergson menyempurnakan sepakan untuk menjaringkan gol ke-26 untuk musim ini, sama rekod Ifedayo, pemenang kasut emas tahun lalu.

Syafiq Ahmad masuk separuh masa ke-2 menggantikan Akhyar Rashid. Syafiq jarang skor gol, tapi bila dia skor, mesti dengan gaya 😎.

Gol ke-2 JDT, Syafiq menguis bola menggunakan kaki belakang selepas mendapat cross daripada Afiq Fazail.

Gol ke-3 JDT, Bergson melepasi 3 pertahanan Kedah, sebelum memberi kepada Syafiq yang berada di posisi lebih baik untuk skor.

Minit ke-79, bicycle kick Syafiq Ahmad on target tapi ditepis keeper.

Minit ke-89, Bergson skor gol ke-4 JDT, selepas membuat tandukan bebas daripada cross oleh Safawi. Jaringan ini membolehkan Bergson mencatat rekod terbaru penjaring terbanyak Liga Super dalam satu musim, dengan 27 gol. Lepas ni tinggal satu lagi perlawanan, ada lagi peluang untuk tambah gol.

Keputusan ini mengulangi perlawanan 4/10 yang lalu di Kedah, yang mana Kedah telah mendahului terlebih dulu, kemudian JDT mengejar jaringan. Dalam pada itu, kedengaran penyokong nyanyi lagu enjit² semut? 😆

Keputusan

11/10
Sarawak Utd 0 – 1 Selangor
N Sembilan 2 – 0 Melaka Utd
Sri Pahang 1 – 2 Sabah
JDT 4 – 1 Kedah
PJ City 2 – 0 Penang
KL City 1 – 2 Terengganu

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT21165058124653
Sabah21133536231342
Terengganu21132636191741
N Sembilan2112543324941
Selangor ↑2218583832629
KL City ↓1218583030029
Kedah ↓12183103138-727
Sri Pahang2174103131025
PJ City215882130-923
Melaka Utd2146112242-2018
Sarawak Utd2142151850-3214
Penang2124152144-2310

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/769284594238455/

Tulis komen: