Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jumpa lagi tahun depan + keputusan perlawanan ke-22 Liga Super 2021

239646967_379777250258757_7721565841403887712_n.jpg

Isnin, 13 September 2021, 12:00 pm0

UiTM & Perak, 2 pasukan yang akan turun ke Liga Perdana musim depan, mencatat kemenangan pada perlawanan terakhir. Enjin lambat panas, atau pasukan lawan bagi can 😅? Kedah & Penang pula layak menyertai Piala AFC.

Selangor vs PJ City – Walaupun tewas, Ifedayo sempat menyumbat 1 gol menerusi penalti, seterusnya memenangi kasut emas dengan jaringan terbanyak dalam sejarah liga super, iaitu 26 gol.

JDT vs KL City – Gol kemenangan JDT terhasil daripada gol sendiri, Bergson tak dapat nak tambah gol, hanya kekal dengan rekod 23 jaringan peribadi.

Bila tengok senarai pemain KL City, ada beberapa pemain super senior seperti Safee Sali & Indra Putra Mahayuddin. Indra Putra tu umur dah 40 tahun, masih fit main liga professional, macam CR7. Ronaldo pula 4 tahun lagi cecah umur 40 tahun, mungkin masih mampu lagi main kompetitif dengan Man Utd 😎 ⁽¹⁾.

Lepas habis semua game, ada majlis penyampaian hadiah & trofi juara liga super kepada JDT. Norma baru majlis penyerahan pingat, semua pemain & pegawai kutip & kalung sendiri pingat. Tak ada salam² dengan VIP, cuma tangan letak di dada sebagai simbolik berjabat tangan. Semasa menjulang trofi & main bunga api di sekitar stadium, ada rasa macam tengok main event Wrestlemania 😆.

8/9
Kedah 3 – 3 UiTM

12/9
Selangor 1 – 2 PJ City
Perak 2 – 1 Sabah
UiTM 1 – 0 Pahang
Kedah 4 – 1 Melaka Utd
JDT 2 – 1 KL City
Penang 2 – 2 Terengganu

Kedudukan muktamad :

PasukanPMSKGBDMata
JDT2218315094157
Kedah ↑122134544281643
Penang ↓12212553730741
Terengganu22115633201338
Selangor22106645301536
KL City228952720733
PJ City ↑12266101628-1224
Melaka Utd ↓1225982531-621
Sabah2247112138-1719
Sri Pahang2246122337-1418
Perak2244142045-2516
UiTM2234151641-2513

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/09/cr7-kembali-ke-man-utd-skor-2-gol-dalam-perlawanan-sulung/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/379777306925418/

Pingback: JDT jatuh ke tangga kedua + keputusan perlawanan ke-7 Liga Super 2022

Tulis komen: