Get well soon, Brendan Gan + keputusan perlawanan ke-15 Liga Super 2021

193941609_351543753082107_1419828035109426578_n.jpg

Jumaat, 30 July 2021, 10:30 pm

Get well soon, Brendan Gan + keputusan perlawanan ke-15 Liga Super 2021.

Dalam stadium boleh nampak banner untuk Brendan Gan yang didapati menghidap kanser testis ⁽¹⁾ & terpaksa menjalani pembedahan & rawatan susulan. Oleh itu Brendan tak dapat beraksi untuk Selangor untuk beberapa perlawanan.

Selangor vs JDT.

Bergson cuba menyamakan rekod gol dengan Ifedayo dengan gol pertama, tapi pada separuh masa ke-2, Ifedayo kata ‘nope!’ dan menjaringkan gol penyamaan Selangor. Sekarang Bergson ada 13 gol & Ifedayo ada 14 gol peribadi, berebut nak dapat kasut emas 😆.

Gol ke-2 JDT tak dijangka. Matthew Davies mendapat hantaran Syamer Kutty, kemudian dia tak mendapat challenge daripada defend Selangor, merembat terus ke arah gol, tak berapa kuat tapi mungkin disebabkan lantunan bola mengelirukan Khairulazhan, keeper Selangor.

Gol terakhir JDT sebelum tamat permainan, Bergson main passing dengan Sumareh, sebelum Sumareh buat larian solo & berdepan 1-on-1 dengan Khairulazhan.

Melaka Utd vs Terengganu.

Match ni saya tak tengok, tapi lihat keputusan, Terengganu tangga ke-2 teratas kalah. Melaka Utd pula dari tangga ke-2 dari bawah, 2 kali naik 1 kedudukan liga selepas 2 match, ada improvement 👍.

Pasukan Kedah pula terpaksa menunda beberapa perlawanan selepas pemainnya didapati positif ⁽²⁾. Sebab tu jumlah perlawanan pasukan Kedah setakat ni masih 13, dan beberapa pasukan yang sepatutnya dah jumpa Kedah, hanya ada 14 jumlah perlawanan.

27/7
Perak 0 – 0 KL City

28/7
Sabah 2 – 2 Sri Pahang
Melaka Utd 2 – 0 Terengganu
UiTM 0 – 1 Penang
Selangor 1 – 3 JDT

Kedudukan semasa :

PasukanPMSKGBDMata
JDT1511313482636
Terengganu1593325141130
Kedah138232113826
Penang147431914525
Selangor155552424020
KL City154741815319
PJ City144641114-318
Sabah154561920-117
Melaka Utd ↑1154651820-215
Sri Pahang ↓1153571925-614
Perak153481426-1213
UiTM150213534-292

⁽¹⁾ www.facebook.com/brendanganofficial/posts/361832725306110
⁽²⁾ www.utusan.com.my/sukan/2021/07/kedah-minta-maaf-perlawanan-ditunda-dua-pemain-positif-covid-19

Komentar (1)

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: