Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Sarawak buat kejutan + keputusan perlawanan ke-1 Piala Malaysia 2021

243445893_389588899277592_1812581439789692656_n.jpg

Selasa, 28 September 2021, 5:50 pm0

Piala Malaysia edisi ke-95 tahun ini merupakan ulangtahun ke-100 kejohanan ini dilangsungkan. Sejak tahun 1921, Piala Malaysia (waktu itu dipanggil Piala Malaya), antara kejohanan tertua di rantau ini, pernah beberapa kali dibatalkan, khususnya semasa perang dunia ke-2 dan tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Penang vs Sarawak

Cuaca hujan menyebabkan padang becak & larian pemain menjadi berat. Defend Penang nampak longgar, pemain Sarawak kelihatan mudah membolosi pertahanan & menjaringkan 3 gol. Gol pertama Sarawak oleh Uche Agba menerusi sepakan gunting yang menarik.

Sarawak di tangga ke-2 Liga Perdana, menewaskan Penang di tangga ke-3 Liga Super, satu kejutan untuk pembukaan Piala Malaysia 2021. Commentator live pula asyik tersilap sebut nama Casagrande, jadi Cassandre la, Casagandre la 😆.

JDT vs Kelantan

Perlawanan ini mengingatkan kembali ketika era Kelantan jaguh pada 2013 yang lalu, di mana waktu tu JDT diayamkan sehingga 1-6 ⁽¹⁾. Kelantan pada ketika ini bergelut dengan pelbagai masalah pengurusan sehingga merudum teruk prestasi & turun ke Liga Perdana.

Bergson menjaringkan gol pertama melalui penalti & sempat berjoget dengan Safawi Rasid untuk goal celebration 😅. Gol ke-2 pula giliran Safawi, selepas menerima killer pass oleh Danial Amir ⁽²⁾.

PJ City vs Sabah

Live match ni saya tak tengok, tapi lihat highlight gol Sabah oleh Park Tae Su. Free kick dari jarak 40 meter kena palang terus masuk gol, antara jaringan tercantik dalam Piala Malaysia edisi kali ini ⁽³⁾.

Keputusan

26/9
Selangor 1 – 0 Perak
Terengganu 2 – 0 Kuching City
KL City 3 – 1 Sri Pahang
Penang 1 – 3 Sarawak Utd

27/9
JDT 2 – 0 Kelantan
PJ City 1 – 1 Sabah
Kedah 3 – 0 Kelantan Utd
Melaka Utd 2 – 0 N Sembilan

Carta

Kumpulan A

PasukanPMSKGBDMata
KL City11003123
Sarawak Utd11003123
Sri Pahang100113-20
Penang100113-20

Kumpulan B

PasukanPMSKGBDMata
Terengganu11002023
Selangor11001013
Perak100101-10
Kuching City100102-20

Kumpulan C

PasukanPMSKGBDMata
Kedah11003033
Melaka Utd11002023
N Sembilan100102-20
Kelantan Utd100103-30

Kumpulan D

PasukanPMSKGBDMata
JDT11002023
Sabah10101101
PJ City10101101
Kelantan100102-20

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/posts/227018326112019
⁽²⁾ https://axello.net/video-wonder-assits-menerusi-killer-pass-danial-amier-yang-disudahkan-safawi-rasid/
⁽³⁾ https://axello.net/video-saksikan-screamer-park-tae-su-skor-dari-jarak-40-meter-dalam-aksi-sabah-vs-pj-city-yang-terikat/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/389588939277588/

Tulis komen: