Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Safiq Rahim tak puas hati + keputusan perlawanan ke-2 Piala Malaysia 2021

241201053_391750125728136_3595464040998366536_n.jpg

Sabtu, 2 Oktober 2021, 12:45 pm0

Selepas perlawanan ini, Piala Malaysia akan berehat selama sebulan, bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang akan bertemu Jordan & Uzbekistan untuk perlawanan antarabangsa Tier 1 ⁽¹⁾. Selepas itu, perlawanan akan berlangsung dengan kehadiran penonton dalam stadium.

Sarawak Utd vs Sri Pahang

Perlawanan seimbang, bergilir² kedua² pasukan bertahan & menyerang cuma banyak peluang tak dapat disudahkan. Tommy Mawat yang berada di kanan gol Sri Pahang, mendapat hantaran dari tengah oleh Sandro Da Silva, tak dikawal oleh mana² pertahanan, berjaya menjaringkan gol tunggal kemenangan.

JDT vs PJ City

Gol awal JDT oleh Cabrera menerusi larian dari tengah kawasan lawan & rembatan berdekatan kotak penalti, antara gol menarik untuk saingan kali ini. Natxo Insa & De Paula dapat banyak peluang dari hantaran lintang, tapi header & sepakan volley mereka semua melayang tinggi. Arif Aiman pula beraksi dengan baik, dapat mengawal bola & melepasi defender, tapi hantaran dia pula tak tepat.

Apabila hanya tinggal kurang 10 saat lagi tamat masa keseluruhan perlawanan, JDT mendapat bola & mahu menggerakkan serangan, tapi pengadil dah tiup wisel penamat. Tu yang Safiq Rahim tak puas hati tu 😅.

Kelantan Utd vs N Sembilan

Perlawanan ini juga sama seimbang. Awal separuh masa ke-2, perlawanan agak perlahan. Minit ke-62, Hariz Kamarudin diberi kad kuning sebab menghalang sepakan gol keeper. Nampak seperti dia mahu merancakkan kembali rentak perlawanan, cuma tindakan dia agak agresif.

Keputusan

29/9
Penang 1 – 1 KL City
Sarawak Utd 1 – 0 Sri Pahang
Kuching City 2 – 2 Perak
Terengganu 2 – 1 Selangor

30/9
Kelantan 2 – 2 Sabah
JDT 1 – 0 PJ City
Kedah 1 – 3 Melaka Utd

1/10
Kelantan Utd 0 – 1 N Sembilan

Carta

Kumpulan A

PasukanPMSKGBDMata
Sarawak Utd ↑122004136
KL City ↓121104224
Penang ↑1201124-21
Sri Pahang ↓1200214-30

Kumpulan B

PasukanPMSKGBDMata
Terengganu22004136
Selangor21012203
Perak201123-11
Kuching City201124-21

Kumpulan C

PasukanPMSKGBDMata
Melaka Utd ↑122005146
Kedah ↓121014313
N Sembilan210112-13
Kelantan Utd200204-40

Kumpulan D

PasukanPMSKGBDMata
JDT22003036
Sabah20203302
PJ City201112-11
Kelantan201124-21

⁽¹⁾ https://www.bernama.com/bm/sukan/news.php?id=2009317

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/391750172394798/

Tulis komen: