Selamatkan Mudokon dari Rupture Farm

Rabu, 29 September 2021, 5:55 pm191

Ini antara yang saya suka main dulu zaman PS1. Ia sejenis game single player, yang mana anda bermain sebagai makhluk spesis Mudokon bernama Abe dalam dunia dinamakan Oddworld.

Mudokon merupakan hamba dalam kilang pemprosesan daging milik spesis Glukkon. Kilang tersebut telah mengeluarkan pelbagai jenis daging, dan terdapat satu menu terbaru yang menjadikan daging Mudokon sebagai bahan utama. Perkara ini diketahui Abe & dia diburu oleh pihak Glukkon & konco²nya. Sekarang, misi utama Abe ialah untuk menyelamatkan kesemua Mudokon dari kilang tersebut & mengalahkan Glukkon.

Dalam part 1 siri ini, saya kena selamatkan 28 ekor Mudokon dari kilang Rupture Farm. Tapi setakat ini, saya hanya dapat selamatkan 13 ekor saja, selebihnya saya tak jumpa jalan nak ke bahagian lain dalam kilang tersebut. Terdapat satu pintu kat Zulag 1, tapi ia tertutup & saya tak jumpa cara nak buka pintu tersebut.

Tengok video gameplay ini di :

▶ https://youtu.be/xRv1k7puSac

Siapa² yang dah pernah main, kongsi sikit macam mana nak selamatkan kesemua Mudokon tu 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/389629352606880/

Tulis komen: