Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tamat dah jadual Liga Perdana 2021

242536617_387120436191105_7402837357113833809_n.jpg

Jumaat, 24 September 2021, 8:55 pm0

Petang tadi perlawanan antara Kuching City dengan Kelantan Utd menandakan tamatnya jadual perlawanan Liga Perdana 2021, dengan Negeri Sembilan menjadi juara liga ⁽¹⁾.

Antara cerita hangat semasa majlis penyerahan trofi, ialah kes tak cukup pingat. MFL hanya sedia 25 pingat, kerana kebiasaannya hanya 25 orang pemain yang didaftarkan untuk satu² pasukan ⁽²⁾.

Tempat ke-2 ialah Sarawak Utd, jadi kedua² pasukan akan naik ke liga super tahun depan. Harap aksi musim depan lebih menarik ada skuad negeri sendiri dalam liga super. Nak tengok juga kalau ada pasukan lain yang cukup dominan & konsisten untuk mencabar streak 8 kali berturut² JDT.

Nampaknya dalam liga perdana nanti akan ada 2 pasukan Kelantan & 2 pasukan Perak. Ini kedudukan muktamad :

PasukanPMSKGBDMata
N Sembilan20125333161741
Sarawak Utd20115437142338
Terengganu 22098337181935
JDT 22097438201834
Kuching City207672222027
Kelantan208392328-527
Kelantan Utd2082102528-326
PDRM207582225-326
Selangor 2205962726124
Perak 22045111437-2317
Skuad Projek2013161256-446

⁽¹⁾ https://twitter.com/nsfc1923/status/1440529616964239369
⁽²⁾ https://axello.net/nsfc-jelaskan-isu-pingat-kone-bukan-merajuk-sebab-pingat-tapi-kerana-dilarang-raikan-atas-pentas/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/387120492857766/

Tulis komen: