Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Taman Rekreasi Batu Kawa dalam album panorama 360

242652223_387382492831566_2590649111045889551_n.jpg

Sabtu, 25 September 2021, 12:00 pm0

Kawasan ini boleh dikatakan terletak dalam satu bulatan besar. Jalan raya dari Batu Kawa menuju Kuching melingkari taman ini. Terdapat bahagian dibina dengan laluan joging & kawasan lapang dijadikan padang bola.

Dari tepi jalan boleh nampak binaan tinggi seakan tangki air, tapi itu sebenarnya atap gazebo. Terdapat juga tandas kontena hujung laluan joging di tengah² kawasan rekreasi ini.

Satu lorong di jalan bersebelahan dengan MJC telah dibina pembahagi & bonggol jalan, supaya tak ada kereta & moto nak laju² memotong menggunakan laluan ini, yang orang ramai guna untuk meletak kenderaan.

Terdapat jalan baru yang sedang dalam pembinaan yang memotong laluan joging sedia ada. Jalan baru ini yang akan membentuk bulatan yang lebih besar melalui Pines Square ⁽¹⁾.

Tengok persekitaran taman ini dalam album :

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/05/kuching-samarahan-sangat-perlukan-jalan-jambatan-baru/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/387382529498229/

Tulis komen: