Tukar mounting enjin kereta kebal
Khamis, 20 Januari 2022, 8:45 pm0
Kereta #iswaratank #IswaraLMST ni walaupun baru 17 tahun, tapi dah jalan lebih 260 ribu km, banyak dah komponen dalam enjin yang longgar², bocor² & getah² dah mengeras. Bila #kereta idle, stering bergegar kuat, tanda mounting enjin dah out.
Bila mekanik tunjuk mounting lama, ada yang dah patah, ada yang getahnya pecah, tinggal besi sama besi bergetar hantar gegar enjin ke badan kereta .
Sekarang dah tukar, dah ok kurang gegar, tinggal dashboard saja yang plastiknya banyak dah rapuh & longgar.
Saya dapati juga RPM enjin waktu idle dah dinaikkan, mungkin mekanik ada tune sikit karburetor, tak sempat tanya tadi. Biasanya idle dalam 900-1000 RPM, sekarang dalam 1500 RPM lebih, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gegar² dari enjin, cuma tak pasti akan guna lebih banyak petrol ke tidak, tengok nanti .
Walaupun banyak lagi benda nak di-restore pada Iswara ni, tapi yang paling penting sekarang ialah masih ada bau asap ekzos masuk dalam kereta. Mekanik tadi pun belum dapat pasti apa punca.
Saya syak mungkin pada enjin yang makan minyak hitam – ekzos nampak asap hitam. Tanya kat mekanik, problem macam ni kena overhaul enjin, buka habis blok dalam enjin, nak check piston & valve, mana yang ada leaking. Tapi kerja² overhaul ni nak ambil masa sampai 2 minggu, belum ada kereta backup untuk guna sekarang ni. Terpaksalah pakai dulu apa yang ada .
Dengar podcast dalam Spotify kat Android TV
21 Januari 2022
Melapik papan rak dengan plastik wallpaper
19 Januari 2022