Kalau boleh restore ke enjin elektrik, banyak kereta tersadai boleh digunakan semula

BD3904D8-D422-47EE-A711-AE6B31CA6D34.jpeg

Rabu, 23 Ogos 2023, 1:30 pm0

Alasan JPJ tak benarkan tukar enjin kereta daripada internal combustion ke motor elektrik ialah kuasa yang dihasilkan terlalu kuat untuk chassis kereta lama ⁽¹⁾.

Sama juga dengan undang² tak boleh upgrade enjin kepada saiz yang lebih 25% daripada sesaran (displacement) enjin asal ⁽²⁾. Sebab output enjin tu tinggi, chassis kereta tak direka menampung kuasa yang lebih tinggi, nanti meleding badan kereta 🥴.

Tapi bolt-on turbo tak ada undang² pulak, sedangkan tuning turbo ni boleh hasilkan kuasa 25% atau lebih tinggi daripada enjin asal, lebih² lagi kereta yang asalnya enjin bersesaran besar, 2.0L ke atas.

Akhir² ini saya gemar tonton video orang buat detailing kereta kat Youtube, channel WD Detailing ⁽³⁾. Ada kereta yang tersadai atau terbiar dalam garaj sampai berpuluh² tahun, mereka bawa ke workshop, cuci bersih² dalam & luar, sampai nampak macam kereta baru keluar kilang.

Sesetengah kereta yang mereka detail, tak dapat dipandu lagi, sama ada enjin dah rosak, tak dapat nak repair sebab terlalu lama, tak dapat jumpa spare part, ataupun tak ada enjin langsung.

Datang idea, daripada restore enjin internal combustion yang dah susah nak cari spare part, lebih baik tukar ke motor elektrik, jadi EV terus.

Kat luar negara, terutamanya UK, dah dijadikan bisnes, servis pasang motor elektrik ke kenderaan klasik, seperti page Electric Classic Cars ⁽⁴⁾.

Kalau isunya di sini tak boleh tukar enjin ke motor elektrik sebab output kuasa yang terlalu tinggi — pasanglah motor dengan output setara dengan enjin asal.

Ada banyak jenis motor elektrik untuk kereta ⁽⁵⁾, JPJ boleh gubal undang² untuk hadkan output kuasa bagi memastikan ianya selamat dipasang pada kereta lama.

Lagipun kalau motor elektrik dihadkan ouput kuasanya, dapatlah jimat penggunaan , ataupun boleh pasang pek bateri yang lebih kecil, lebih jimat kos.

🤔

⁽¹⁾ https://paultan.org/2021/09/15/ev-conversions-of-ice-cars-not-allowed-in-malaysia/
⁽²⁾ https://www.zerotohundred.com/forums/threads/will-jpj-disturb-if-i-install-turbo-kit-on-my-4g91-engine.347361/
⁽³⁾ https://youtu.be/0bBMHH0MLhI
⁽⁴⁾ https://www.facebook.com/electricclassiccars
⁽⁵⁾ https://circuitdigest.com/article/different-types-of-motors-used-in-electric-vehicles-ev

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/967130974453815/

Tulis komen: