Siap salin habis absorber DasAuto

00399137-5BD6-432C-B29F-889F0500471B.jpeg

Khamis, 28 Mac 2024, 8:55 pm0

Hilang dah bunyi² besi longgar & lampu ABS pun padam.

Itu antara simptom² shock absorber dah out yang dapat diperhatikan pada ini. Terutama sekali suspension bahagian belakang, bila masuk atau keluar dari kereta, berbunyi besi bergesel.

Selain daripada itu, semasa memandu laju pada selekoh atau membelok, dapat rasa kereta dah tak berapa stabil, terhuyung hayang, kuat rasa body roll.

Tambahan pula, semasa memandu perlahan di jalan yang kurang rata, kedengaran bunyi bergegar nyaring di bahagian depan, bunyi absorber mounting dah longgar.

Lampu ABS yang menyala tu pula sebab wheel speed sensor di bahagian depan dah rosak. Sebelum ni saya dah tukar yang kat belakang ⁽¹⁾.

Satu lagi masalah yang hanya dapat dikesan semasa memandu laju di lebuhraya, bunyi berdengung kat tayar, makin laju makin kuat dengungannya, tanda wheel bearing dah tiba masanya nak ditukar.

Full set shock absorber dah order dari KL 2 hari yang lalu, tapi wheel bearing & speed sensor tercicir dari senarai. Nasib baik siang tadi bengkel dapat order terus dari supplier kat Penang ni, termasuk stabilizer bar bush, ganti yang dah reput.

Proses tukar shock absorber depan & belakang, termasuk tukar wheel bearing, speed sensor & stabilizer bar bush, ambil masa kira² 4 jam saja. Respect dengan brader² kat bengkel yang saya selalu pergi ni, servis pantess.

Lepas bawa kereta balik dari kerja, first impression saya rasakan absorber Bilstein ini agak keras (stiff). Semasa bawa kat jalan kurang rata, segala gerutu jalan dapat rasa dalam kereta, tapi tak ada bunyi² getaran atau part yang longgar.

Absorber ini mungkin sesuai untuk pemanduan laju, sebab kereta rasa lebih stabil & kurang rasa bonggol² di jalan bila dah laju. Tak pasti kalau masih boleh lagi di-tune absorber atau sistem suspension ini untuk lebih kepada keselesaan 🤔.

Senarai ongkosnya, nah:

  • Wheel bearing x 1 = 350
  • ABS speed sensor x 1 = 250
  • Front absorber x 2 = 820
  • Front absorber mounting x 2 = 180
  • Front absorber bearing x 2 = 160
  • Front absorber damper x 2 = 120
  • Front absorber cover x 2 = 120
  • Front absorber link x 2 = 240
  • Rear absorber x 2 = 680
  • Rear absorber mounting x 2 = 310
  • Rear absorber damper x 2 = 150
  • Rear absorber cover x 2 = 100
  • Stabilizer bar bush kit x 1 = 200
  • Alignment = 20

Semasa dalam proses tukar parts, mekanik jumpa beberapa masalah baru:

  • Drive shaft boot ada pecah sikit, rasanya baru tukar tahun lalu masa repair engine leaking
  • Lower arm bush pun dah ada retak sikit
  • Brake pad hanya tinggal kira² 20% lagi

Brake pad tu penting nak kena tukar cepat, raya ni nak jalan² lagi.

Update 30/3: dah tukar semua brake pad kat Eurowagen. Brake pad 280 + labour charge 50.

💸🏎

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/09/lampu-abs-menyala-kat-instrument-cluster-sebab-wheel-speed-sensor-dah-out/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1089141252252786/

Tulis komen: