Banyak certificate SSL expired hujung minggu lalu (Netbeans SVN)

276235752_500204031549411_4538892457497205730_n.jpg

Isnin, 28 Mac 2022, 8:40 pm107

Antaranya certificate kat webhosting yang saya guna sekarang, dan yang paling memberi impak adalah yang kat repo .

Bila guna untuk commit changes ke SVN, akan keluar dialog seperti dalam gambar. Error yang ditunjukkan:

Server certificate verification failed. The certificate has expired

Tapi bila klik sama ada butang ‘Accept Permanently’ atau ‘Accept Temporarily’, masih lagi dialog ni keluar. Fungsi untuk menerima certificate baru kat Netbeans nampaknya dah rosak.

Masalah begini, nak kena cuba commit menggunakan command line (macOS) atau TortoiseSVN (Windows), dan terima certificate SSL baru kat sana.

Bila dah terima certificate baru dan cuba commit lagi melalui Netbeans, masih lagi dialog ni keluar. Nampaknya certificate SSL untuk SVN pada Netbeans disimpan di tempat berlainan daripada SVN command line atau TortoiseSVN.

Cara nak fix, copy folder di mana certificate terbaru disimpan, ke folder SVN untuk Netbeans.

Untuk (command line):

cp -r ~/.subversion/* ~/Library/Application\ Support/NetBeans/12.5/config/svn/config/

Untuk (TortoiseSVN):

Copy folder C:\Users\\AppData\Roaming\Subversion\auth
Paste kat C:\Users\\AppData\Roaming\NetBeans\12.6\config\svn\config\auth

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/500204904882657/

Tulis komen: