Masih banyak biji kopi tapi dah expired

Jumaat, 9 Jun 2023, 9:45 pm0

Daripada buang saja, apa lagi yang nak dibuat dengan biji kopi ni?

903E92BA-1AE1-430E-B227-F5479B9C3E2D-scaled.jpeg
Sebulan lebih melepasi tarikh best before.

Kalau ikut pemahaman saya, tarikh best before bukanlah bermaksud dah tak boleh makan langsung (expired), tapi dah tak sesuai untuk dimakan, mungkin sebab rasa, kualiti atau khasiat yang dah hilang.

Saya ada beberapa kali buat kopi menggunakan biji kopi ini tahun lalu, tapi tiap kali lepas minum perut rasa kembung berangin & sesak nafas, hidung tersumbat. Macam terlebih kafein pun ada, mungkin kesan sampingan biji kopi dah lama.

8287F346-A43B-4C00-A2E6-AE935857D379-scaled.jpeg
Lebihan biji kopi dikisar guna tangan.

Mengisar kopi dengan menggunakan pengisar manual ⁽¹⁾ boleh dijadikan exercise senaman forearm (lengan). Hasilnya, muat dalam tiga bekas simpan plastik. Jadi nak buat apa dengan serbuk kopi ni?

ACD8C688-0308-43B7-AC42-81DF336FB714-scaled.jpeg
Letak dalam .

Saya jumpa ⁽²⁾ salah satu cara untuk membuang bau asap atau bau rokok dari dalam kereta ialah dengan meletakkan serbuk kopi (ground coffee bean). Serbuk kopi itu berfungsi dengan menyerap bau asap.

Berhasil tak? 🤔

Saya rasa, bau asap dalam kereta ni memang berkurangan, tapi bukan dengan cara diserap oleh serbuk kopi. Tapi bau kopi tersebut yang menggantikan bau asap. Kalau penggemar kopi, memang dah terliur masuk dalam kereta ni, kuat bau kopi.

Macam bau dalam kereta Polo yang tertumpah kopi McD awal tahun ni ⁽³⁾ 😅.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/10/buat-kopi-mcd-homemade/
⁽²⁾ https://www.toyotaofdowntownla.com/service/service-tips/how-to-remove-smoke-smell-from-car/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2023/01/kereta-bau-kopi-new-year-drive/

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/925222315311348/

Pingback: Macam² dah dibuat, masih bau kah dalam kereta?

Tulis komen: