Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dialog terpaling ingat dalam Smallville

Rabu, 7 Februari 2024, 1:50 am0

Setakat ini saya dah tengok balik sampai musim ke-4, berikut antara dialog menarik series ini.

C07C9F82-6D28-46B4-931D-902CB1FEED85.jpeg
Sometimes letting go is the only way to move forward. (S1E12)

Lana Lang, high school crush ramai remaja dulu² 😆.

34E8ECF6-1986-4634-AC76-CD56E36135D0.jpeg
Man of tomorrow is forged by his battles today. (S1E18)

Daripada episod Clark Kent nak bertanding jadi presiden pelajar.

B6049F1D-5F1B-40FD-B521-CA38BA40C775.jpeg
Anyone who doesn’t appreciate poetry, doesn’t understand it’s all about seduction (S2E05)

Daripada episod seorang remaja lelaki jadi serigala jadian bila kena cahaya matahari.

Dialog seterusnya adalah yang paling saya ingat:

4C3879A7-DB88-49C8-9C30-336B5B9495CF.jpeg
I know why Chloe was kissing you, but why did you kiss her back? (S2E14)

Episod di mana Pete & Chloe kena patuk alien dalam gua, lalu mereka jadi kurang siuman, berani semacam & buat benda gila tak fikir baik buruk. Clark pula jadi begitu apabila terdedah kepada kriptonite merah.

E6976040-1D4F-4033-A6FF-9B8FF19A26E3.jpeg
You made a decision in a split second, you’ll have to live it with the rest of your life. (S2E19)

Nasihat mak Clark Kent selepas dia tak sengaja mencederakan orang yang mengganggu Lana.

52C13285-9E20-432A-B4AF-353F5722AE1E.jpeg
People are always at their weakest when they’re angry. (S2E23)

Pete tolong Clark untuk mencuri kunci kapal angkasa yang berbentuk oktagon, tapi diperbuat daripada batu kriptonite. Ianya versi copy ori yang Lionel Luther buat, sebab tu dia hangin.

15234F44-04C9-49C6-8073-EF353AC763E2.jpeg
When you’re rich, you’re not crazy. You’re eccentric. (S3E04)

Dialog Lionel kepada Lex, tak ingat berkenaan hal apa.

Seterusnya, susulan dari episod Lex dihantar ke institusi mental apabila dia menunjukkan simptom kurang siuman selepas tersadai di pulau terpencil selama 3 bulan.

Lionel sendiri yang menyelia proses ‘mengubat’ tersebut, namun sebenarnya ia adalah proses untuk memadam memori Lex sejak 7 minggu yang lalu, untuk menghapuskan bukti jenayah Lionel.

Kemudian dalam episod ini, Lionel menyaksikan Clark membuka pintu portal di dalam gua menggunakan kunci kapal angkasa yang berbentuk oktagon. Lex yang skeptikal dengan cerita Lionel, menjawab:

C0B73FD6-F6BB-4117-BBB1-B9288977D2E0.jpeg
You know dad, they say mental illness is hereditary. (S3E09)

😂

Seterusnya, Lionel mendapat tahu Lex terlibat dalam plot untuk menghumbannya ke penjara.

22479860-62B6-443A-859F-E31C42829AF4.jpeg
Don’t wound what you cannot kill. (S4E02)

Yang berikut bukanlah dialog, tapi babak yang paling memberi kesan emosi terhadap Clark.

0C5B56E3-B973-40F7-A9A1-4592C436B29C.jpeg
When Clark Kent found out Alicia was killed, that scene hit so hard it made me cry. I somehow understand the feeling of suddenly losing someone you really care. (S4E12)

Dialog terakhir ini oleh Lex Luthor, gambar ini hanya hiasan 😅, bukan daripada babak di mana dialog itu dilafazkan.

B288347F-B1E3-4A59-A92B-2DFFD16DFB05.jpeg
Some of the stars are extinguished for thousand of years, but their lights only reaching us now. The past is always in front of us in the present. (S1E20)

Saya baru separuh jalan pada season 4, ada 6 season lagi untuk habis. Bagi yang dah habis tengok, tolong, saya tak nak spoiler 😂.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1060267238473521/

Tulis komen: