Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini genre muzik paling najis sekali 💩

1F1F503D-F7EE-4067-B696-020F9C5E94CD.jpeg

Isnin, 29 April 2024, 1:50 pm0

Gore grind, contohnya band Gutalax ni, lagunya sampai lirik pun tak ada, hanya ada bunyi katak puru & babi mendengus.

Macam mana dia hafal tu? Nak buat bunyi menguak atau mendengus guna note yang mana satu? Dah macam bunyi budak² yang baru discover cara nak tiru bunyi binatang, sikit lagi nak jadi bunyi burung wak-wak 😂.

Umumnya vokal lagu gore grind diolah menggunakan sound editing software, tapi vokalis band dari Republik Czech ini tak perlu edit atau tambah sound effect pada mikrofon. Sampaikan ada yang buat video tutorial macam mana nak buat bunyi 🐷 ⁽¹⁾.

Bagi struktur lagu gore grind, bunyi tali bass kuat bergetar, gitar guna choppy distortion drop C & drum snare bunyi tin kosong. Tajuk lagu pulak macam buku biologi, segala nama bakteria boleh jadi tajuk lagu 🤣. Tengok video ni menerangkan proses membuat lagu gore grind ⁽²⁾.

Bagi Gutalax pula, lagu mereka banyak bertemakan tahi, tajuk² lagu pun semua berkisar hal najis, sampaikan kat konsert ⁽³⁾ mereka buat crowd surfing tandas portable, nasib baik jamban kosong, kalau berisi 🤢.

Dari sudut muzik pula, mereka straight metal tapi tersusun & laju, tak berterabur sangat, tak berteori muzik sangat, tak ada gitar intro, solo atau harmoni, hanya heavy riff hangguk kapla, dipadankan dengan pattern drum beat yang simple.

Yang baru nak mendengar gore grind, kena terima hakikat yang tak semua genre lagu mesti ada lirik dalam vokal. Jangan macam brader seorang ni ⁽⁴⁾, dia yang baru nak belajar tapi dah demand genre muzik tu mesti ada itu ini, mana dapat masuk, muzik klasik Beethoven pun mana ada lirik 😅.

Saya pula selalu dengar lagu band ni waktu buat coding, sebab tak ada lirik, sama macam dengar lagu K-pop, tak faham bahasa Korea, jadi otak bebas daripada terganggu nak menafsirkan setiap ayat² dalam lirik. Dapatlah otak fokus fikirkan algorithm & data structure 🤓.

Seperti satu komen dalam video ⁽⁵⁾ konsert Gutalax:

This is the most brain dead metal on the planet, and I love it 😆.

⁽¹⁾ https://youtu.be/jKR5Lho9jiQ
⁽²⁾ https://youtu.be/jMdNBAwfWus
⁽³⁾ https://youtu.be/Hi3_dVoi3VY
⁽⁴⁾ https://youtu.be/B3tWq6TMXOk
⁽⁵⁾ https://youtu.be/pSc8ZFMRrsQ

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1107938107039767/

Tulis komen: