Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Review Yes 5G lepas 2 bulan

EC49AB36-C859-4205-9E65-D7729D10E958-scaled.jpeg

Rabu, 1 Mei 2024, 9:40 am0

Waktu saya tukar dari Digi ke Yes broadband awal tahun ni ⁽¹⁾, kawasan apartment sini tak dapat coverage 5G.

Mulanya Yes pakai network 4G, seminggu dua awalnya prestasi sambungan agak stabil, tapi lepas tu kembali seperti pakai Digi dulu. Setiap kali petang sampai tengah malam, signal hilang lalu tak dapat pakai internet langsung.

Pada awal Mac, saya buat factory reset Yes 5G, sebab tak tahan dah, sepanjang masa tak dapat sambung internet. Lampu signal kat router asyik merah, tanda signal 4G terlalu lemah.

Lepas factory reset, barulah router tu dapat detect network 5G di kawasan ini. Ini pun secara kebetulan, sebab biasanya saya restart router kalau signal 4G mula hilang². Lepas dapat pakai 5G, tak nak ubah apa² setting & lokasi router, takut nanti tiba² hilang pulak signal 5G tu.

Boleh dikatakan, pakai network 5G ni rasa seperti internet fibre. Laju & stabil, kebanyakan masanya. Cukup puas hati, malah membantu saya menyiapkan kerja atau tugasan yang memerlukan internet, contohnya internet banking.

Projek IPTV saya pun berjalan lancar & dapat tengok siaran TV tanpa selalu tersekat². Bulan ini agaknya dah boleh launch 🚀.

Ada kalanya sambungan internet terputus, kira² 1-2 minggu sekali, tapi signal 5G masih full bar. Cuma perlu restart router & internet pulih seperti sediakala.

Yang bagusnya pelan Yes 5G broadband ni, tak ada kuota kalau pakai network 5G, manakala sambungan ke 4G ada kuota 150GB. Setakat ini saya puas hati & gembira dengan pembelian ini, lepas setahun atau lepas habis kontrak 2 tahun, akan review lagi pengalaman penggunaan.

🗓 Hari ni cuti, selamat hari bekerja, saia nak jalan² tengok sawah padi.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2024/01/selamat-tinggal-digi-hello-yes/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1109098683590376/

Tulis komen: