Nasi lemak strawberry, boleh masuk kah?
Selasa, 16 April 2024, 6:15 pm0
Logiknya, sesetengah jenis sambal pun ada ditambah asam jawa atau asam keping. Gantikan asam tu dengan strawberry, lebih unik rasa nasi lemak tu.
Yang bagusnya di sini, parking free .
Air baja datang dari paip besar, sambung ke hos kecil sepanjang barisan tanaman & dititiskan ke dalam pasu secara #fertigasi.
Tak dapat nak tengok kat mana tangki baja tu dari kawasan yang boleh dilawat pengunjung, tapi saya rasa terdapat beberapa biji tangki hitam besar untuk menyimpan air baja & ada pam utama yang dipasang menggunakan timer.
Perpaipan fertigasi ini adalah secara satu arah, air baja yang dah dititiskan pada medium tanaman tidak dikitar balik ke tangki air baja, jadi ia lebih mudah untuk dipasang.
Kertas biru kat tiang tu adalah untuk kawalan serangga perosak, ada gam pada permukaan kertas tu yang memerangkap serangga perosak.
Struktur rumah pelindung hujan ini, tiangnya diperbuat daripada kayu saja, tak pakai batang besi seperti yang selalu saya tengok di Youtube petani kat Amerika. Cuma rangka bumbungnya yang tetap guna paip besi, bukannya paip PVC, supaya lebih kukuh tahan angin kencang & mengelakkan plastik tahan UV cepat koyak.
Kaedah ini tidak memerlukan media tanaman, namun air baja kena dikitar balik ke tangki air baja (recirculating). Oleh itu kena pasang palung begini.
Selain sayur salad (green & red coral lettuce), sayur berdaun yang lain ada seperti butterhead lettuce, sawi, pak choy & coriander.
Boleh kutip sendiri strawberry kat sini, dengan syarat mengutip sekurang²nya satu kilogram buah dengan harga RM60.
Betul lah bulu biri² macam kapas
17 April 2024
Survey campsite awam tepi Sungai Perak
15 April 2024