Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Penjaring gol pertama musim ini, Syafiq Ahmad 🧘🏻‍♂️

Rabu, 15 Mei 2024, 9:40 pm0

Perlawanan sumbangsih antara JDT & Selangor dibatalkan, JDT menang piala percuma ⁽¹⁾.

Selangor menarik diri selepas kes Faisal Halim disimbah asid ⁽²⁾. Beberapa hari sebelum kes tersebut, Akhyar Rashid yang kini bersama Terengganu telah disamun hingga cedera ⁽³⁾. Tak lama kemudian, datang cerita kereta Safiq Rahim dirosakkan ⁽⁴⁾. ⚠🚔

9C9C56F4-DB74-431A-85E9-CA41273B6488.jpeg
PDRM vs Kedah

Gol pertama musim ini, juga gol terpantas, dihasilkan oleh Syafiq Ahmad dalam tempoh 33 saat. Selepas separuh masa kedua, hujan turun lebat sampai air bertakung kat padang, bola disepak melekat. Ada ternampak banner ‘get well soon’, Akhyar Rashid & Faisal Halim.

713D9081-C0DE-4CF9-B368-6822040FB9C0.jpeg
KL City vs Kuching City

Beberapa minit selepas gol pertama KL City oleh Paulo Josue, Kuching City menyamakan kedudukan, tapi lepas check VAR, gol dibatalkan. Tak lama lepas sambung main, Kuching City terus skor lagi.

Keputusan

11/5
PDRM 0 – 1 Kedah (https://youtu.be/u3rHTY_q8dU)
Sri Pahang 1 – 0 Kelantan Utd (https://youtu.be/RLyO3TCvXVw)
Terengganu 3 – 1 Perak (https://youtu.be/gqDgeAxVS6U)

12/5
Sabah 0 – 0 Penang (https://youtu.be/XxdToRluP_o)
KL City 1 – 1 Kuching City (https://youtu.be/45JJAu7TaSA)

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT11003033
Terengganu11003123
Sri Pahang11001013
KL City10101101
Kuching City10101101
Penang10100001
Sabah10100001
Kedah11001010*
N Sembilan00000000
PDRM100101-10
Kelantan Utd100101-10
Perak100113-20
Selangor100103-30

*Kedah dipotong 3 mata kerana masalah kewangan.

⁽¹⁾ https://www.astroawani.com/berita-sukan/perlawanan-sumbangsih-dibatalkan-jdt-dapat-kemenangan-percuma-mfl-469816
⁽²⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/faisal-halim-cedera-disimbah-cecair-dipercayai-asid-469229
⁽³⁾ https://www.astroawani.com/berita-sukan/akhyar-cedera-dipercayai-disamun-468907
⁽⁴⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kereta-safiq-rahim-diserang-dua-lelaki-bermotosikal-469596

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1118114619355449/

Tulis komen: