Tahun 80-an dah ada jalan menghubungkan timur & barat Malaya, 2020 dah nak habis, jalan ke Mulu belum lagi ada

131968052_218545146381969_4606558846090334630_n.jpg

Rabu, 23 Disember 2020, 2:30 pm

Tahun 80-an dah ada jalan menghubungkan timur & barat Malaya, 2020 dah nak habis, ke Mulu belum lagi ada.

Ini tangkap layar daripada video oleh Chris Wee, lokasi di hentian rehat Titiwangsa ⁽¹⁾. Terletak di jalan Gerik - Jeli, jalan ini telah dibina dari tahun 1970 hingga 1982. Waktu tu masih lagi ada ancaman pengganas komunis terutamanya di kawasan hutan tebal begini, sehingga melibatkan kehilangan nyawa pekerja JKR. Oleh itu plakat peringatan ini diletakkan di hentian ini sebagai memori.

Pada hari ini, 10 Ogos

Tahun lalu:

2 tahun lalu:

Jalan² baru di sekitar Sarawak diumumkan bulan lalu

  • 75226444_158394019063749_7110224187758102740_n.jpg
  • 106904416_158394095730408_8803385892212092323_n.jpg
  • 106283397_158394145730403_235080674541971728_n.jpg
  • 106494008_158394185730399_5397512366180150240_n.jpg

Rabu, 1 July 2020, 12:10 pm

Jalan² baru di sekitar Sarawak diumumkan bulan lalu.

① - Jalan ke tanpa melalui Brunei. Potongan yang menyambungkan Bawang Obor, Mentawai, Gunung Buda dan Gunung Mulu sedang rancak dalam pembinaan. Saya tak dapat peta lengkap jalan ini, jadi saya plot sendiri kedudukan tempat berdasarkan info yang ada. Kampung Bawang Obor tak ada dalam Google Map, tapi ia berada dalam kawasan Batu Danau. Tanah Merah di Upper Medamit pun tak jumpa, jadi saya letak Nanga Medamit saja. Kiranya jalan ni berada di sepanjang Sungai Limbang, hinggalah ke Lapangan Terbang Gunung Mulu.