Tahun 80-an dah ada jalan menghubungkan timur & barat Malaya, 2020 dah nak habis, jalan ke Mulu belum lagi ada

131968052_218545146381969_4606558846090334630_n.jpg

Rabu, 23 Disember 2020, 2:30 pm0

Tahun 80-an dah ada jalan menghubungkan timur & barat Malaya, 2020 dah nak habis, ke Mulu belum lagi ada.

Ini tangkap layar daripada video oleh Chris Wee, lokasi di hentian rehat Titiwangsa ⁽¹⁾. Terletak di jalan Gerik – Jeli, jalan ini telah dibina dari tahun 1970 hingga 1982. Waktu tu masih lagi ada ancaman pengganas komunis terutamanya di kawasan hutan tebal begini, sehingga melibatkan kehilangan nyawa pekerja JKR. Oleh itu plakat peringatan ini diletakkan di hentian ini sebagai memori.

Dalam pada itu, jalan ini yang menyambungkan dua laluan pesisir di Malaya telah dibina 40 tahun lalu, tapi jalan menghubungkan Sarawak & Sabah, tanpa menumpang jalan negara luar, masih lagi dalam alam bunian.

Terdapat beberapa laporan yang mengungkit kos pembinaan jalan raya sampai beratus juta ringgit per kilometer di Sarawak, terutamanya di kawasan bertanah gambut ⁽²⁾. Tak pasti apa motif info ini disebarkan, sama ada untuk memaklumkan rakyat, atau nak bagitau kerajaan tak cukup duit nak buat jalan. Masing² nilai guna mindset sendiri, nak fikir positif ke negatif 🤷🏻.

Yang pastinya kawasan – Mulu – – Bario / Ba’ Kelalan – ni semuanya kawasan tanah tinggi (highland) di Sarawak, rasanya tak ada tanah gambut kat kawasan tinggi ini, kalau tanah batu kapur memang banyak. Tanah gambut kebanyakannya di kawasan muara sungai seperti delta Rajang.

Kawasan tanah tinggi Sarawak ini tinggi potensinya untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan, setaraf dengan Genting / Cameron Highland dan Kundasang. Contohnya di Bario, bukan saja terkenal dengan padi bukit, tapi ada juga ladang epal ⁽³⁾. Tambahan lagi dengan suhu persekitaran yang rendah, tempat ni pasti jadi tumpuan pelancong yang mencari alternatif kepada kawasan tanah tinggi banjaran Titiwangsa atau banjaran Crocker.

Nak ke Bario guna jalan darat dapat, tapi kena lalu jalan balak a.k.a offroad. Kena pakai kenderaan 4×4 dengan tayar mud terrain, kalau bawa Myvi tak dapaat! 😝

⁽¹⁾ https://www.youtube.com/watch?v=IjSeyqywTwc
⁽²⁾ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kos-pembinaan-satu-kilometer-jalan-raya-di-sarawak-rm4-juta-hingga-rm125-juta-268083
⁽³⁾ https://www.hmetro.com.my/node/117991

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/218545143048636/

Tulis komen: