Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂

Isnin, 3 Januari 2022, 10:05 pm
Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂.
Ini aktiviti kat #kebun waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apa² saja dalam buluh.
Isnin, 3 Januari 2022, 10:05 pm
Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂.
Ini aktiviti kat #kebun waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apa² saja dalam buluh.
Jalan² nampak ni dah nak sampai Serian.
Dari Simanggang, arah ke Kuching, kalau dah nampak pemandangan ni, tandanya dah nak sampai #Serian dah tu. Dengan Bukit Ampungan menjadi latar belakang, kalau perhati betul², boleh nampak stesen Petronas kat sebelah kiri, yang menunjukkan juga dah sampai simpang #jalan ke Gedong.
Jumaat, 23 April 2021, 12:00 pm
Beli juadah berbuka mesti nak yang premium.
① - Dalam pukul 5 lebih, waktu orang ramai balik kerja & mengerumuni gerai² tepi jalan untuk membeli juadah berbuka, dalam #pasaraya Emart Tabuan kurang orang. Bagus juga sebab dapat memilih kuih-muih yang dihasilkan oleh Edmund’s Homemade ⁽¹⁾ tanpa bersesak.
Banyak buluh, sambung balik projek Jungle Survival? 😁
Tahun lalu pokok² buluh kat #kebun bukit kat #Serian ni ditebang untuk lapangkan kawasan ⁽¹⁾. Saya ada juga ambil video, ingat nak buat macam Jungle Survival tu ⁽²⁾. Tapi tiba² Covid-19 datang, lalu berbulan² tak singgah sini. Sekarang buluh semua dah panjang balik.
Sabtu, 9 Januari 2021, 9:05 am
Stesen #Petronas baru di Lachau + harga petrol minggu ke-2 Januari 2021.
Pada awal tahun 2015, kami sekeluarga balik kampung dari Kuching ke Limbang dengan memandu. Saya memandu Myvi kuning, bapa saya memandu Kembara, gerak berasingan. Dari Kuching kami ke Ensebang untuk bermalam sebelum memandu terus ke Miri keesokan harinya.
Khamis, 12 November 2020, 5:45 pm
Dashcam Drive, Kuching - Serian, part 2.
KSR, atau Kuching-Serian road, telah dinaik taraf kepada jalan raya berkembar (dual carriageway), tak silap saya pada tahun 2003, masa tu saya masih lagi kat sekolah menengah Sainsku. Selalu jugak ambil van sapu dari Saujana ke #Serian, sambil tengok #jalan masih lagi dalam pembinaan waktu tu.
Ahad, 8 November 2020, 5:55 pm
Kedai Eco baru akan dibuka kat Piazza #Serian.
Lokasi betul² di tepi #jalan utama, dekat dengan Mom’s Laksa. Harga barang semua RM2.30, tak perlu ke Kuching nak memborong barang² rumah.