Nama tempat unik di Journey to Sarikei part 3

18 February 2021, 1:55 pm

Nama tempat unik di Journey to Sarikei part 3.

Untuk part ke-3 dalam siri ini, saya bermula dari Petronas Betong, dekat Pusat Rehat Mid Layar, sehingga simpang #Saratok. Sepanjang perjalanan hampir 50km ni, ada beberapa tempat dengan nama yang unik, agak pelik, macam Menyalin Asal, Menyalin Baru, Kaki Wong, pastu ada juga papan tanda untuk ke Tempat Mandi Wong Besi 😅.

Dalam bahagian perjalanan ini juga saya melalui simpang ke Pusa, di mana inilah simpang yang diambil untuk menggunakan jalan pesisir ke Maludam, Sebuyau, dan seterusnya hingga ke Samarahan & Kuching. Feri² yang kena dilalui adalah Feri Pusa / Saribas & Feri Maludam / Triso.

Laluan Pan Borneo yang dilalui masih dalam pembinaan bagi pakej Batang Skrang – Sungai Awik (WPC 05) ⁽¹⁾, betul² sebelum simpang Saratok.

Tengok video penuh #dashcamdrive ini di #YT:

▶️ youtu.be/LxTEpPiAMps

⁽¹⁾ www.panborneo.com.my/project/ssa

Pin It Send Copy Link

Hantaran sohor kini:

Ini pula mercu tanda simbolik bandar Saratok + pengumuman panorama 360

10 January 2021, 10:55 am

Ini pula mercu tanda simbolik bandar Saratok + pengumuman panorama 360.

Landmark Saratok.

Dari simpang #Saratok, yang ada Wadira Food Court, kalau jalan terus ke dalam bandar, di sebelah kiri, bertentangan dengan Sarawak Full Gospel Church, akan ternampak tugu ini.

Tugu simbolik untuk bandar Saratok yang ada arca udang, ikan keli dan buah apong. Err, tu buah apong kan? 😅

Kalau dalam perjalanan tangki petrol dah nak kering, terdapat Petronas & Shell kat bandar ni, kira² 5 km saja dari simpang ke #jalan #PanBorneo.

Saya tak sempat nak drive sampai ke dalam pusat bandar, sebab nak cepat sampai ke Sibu, jadi tak tahu sangat macam mana rupa bandar. Lain kali lah 😌.

Untuk #mercutanda dan tempat² tumpuan ramai lain, saya akan persembahkan menerusi gambar panorama 360°. Format ini membolehkan anda mengalami lawatan maya (virtual tour) tempat² di Sarawak, sama seperti menggunakan Google Street View.

Cuma yang membezakannya ialah kandungan (content) yang saya hasilkan tertumpu pada tempat² yang kereta Google Street View tak lalu, dan juga informasi tambahan yang saya ingin sampaikan.

Album 360° pertama akan saya terbitkan minggu depan. Oleh itu, follow saya di:

👉🏻 FB page: azwan082.my
👉🏻 Instagram: azwan082
👉🏻 Twitter: azwan082
👉🏻 Website: azwan082.my

Pin It Send Copy Link

Tempat ini umpama oasis di sepanjang Pan Borneo dari Sri Aman ke Sarikei

31 December 2020, 10:05 am

Tempat ini umpama oasis di sepanjang Pan Borneo dari Sri Aman ke Sarikei.

Lebuhraya #PanBorneo sekarang masih dalam pembinaan, jadi banyaklah lencongan & kerosakan #jalan yang memperlahankan pergerakan kenderaan. Lagi perlahan, lagi lambat sampai, lebih lama di atas jalan, lebih penat 🥵.

Ditambah lagi dengan ketiadaan bangunan² kedai mahupun rumah² penduduk di kebanyakan sepanjang jalan, memandu di sini macam berjalan di padang pasir, kosong. Kena lagi kalau memandu waktu cuaca panas, mau kering badan kena berpeluh & haus.

Apabila tiba di kawasan rehat & kedai makan begini, iaitu:

• Pusat Rehat Mid Layar di simpang ke #Betong
• Kedai makan & tandas awam di simpang ke #Saratok.

Tempat² ini bagaikan oasis di padang pasir di mana setelah beberapa jam memandu, pemandu & penumpang semuanya mencari²:

• tempat untuk berehat setelah letih badan digoncang² dalam kenderaan kerana jalan yang rosak.
• tempat buang air, sebab ‘tangki’ dah penuh.
• tempat makan minum, sebab dah membuang, pasti mahu mengisi balik 🤪.

Sambil berhenti berehat, check² jugak kereta, tengok keadaan tayar & bumper, takut² ada yang berayan di jalanan 😆.

Esok dah tahun baru? Selamat tinggal 2020, orang sangka dapat kereta terbang, tapi dapat larangan daripada terbang² 😂.

Pin It Send Copy Link