Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ini pula mercu tanda simbolik bandar Saratok + pengumuman panorama 360

136952079_229711718598645_6000079025283683772_n.jpg

Ahad, 10 Januari 2021, 10:55 am0

Landmark Saratok.

Dari simpang , yang ada Wadira Food Court, kalau jalan terus ke dalam bandar, di sebelah kiri, bertentangan dengan Sarawak Full Gospel Church, akan ternampak tugu ini.

Tugu simbolik untuk bandar Saratok yang ada arca udang, ikan keli dan buah apong. Err, tu buah apong kan? 😅

Kalau dalam perjalanan tangki petrol dah nak kering, terdapat Petronas & Shell kat bandar ni, kira² 5 km saja dari simpang ke .

Saya tak sempat nak drive sampai ke dalam pusat bandar, sebab nak cepat sampai ke Sibu, jadi tak tahu sangat macam mana rupa bandar. Lain kali lah 😌.

Untuk dan tempat² tumpuan ramai lain, saya akan persembahkan menerusi gambar panorama 360°. Format ini membolehkan anda mengalami lawatan maya (virtual tour) tempat² di Sarawak, sama seperti menggunakan Google Street View.

Cuma yang membezakannya ialah kandungan (content) yang saya hasilkan tertumpu pada tempat² yang kereta Google Street View tak lalu, dan juga informasi tambahan yang saya ingin sampaikan.

Album 360° pertama akan saya terbitkan minggu depan. Oleh itu, follow saya di:

👉🏻 FB page: azwan082.my
👉🏻 Instagram: azwan082
👉🏻 Twitter: azwan082
👉🏻 Website: https://azwan082.my

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/229711711931979/

Tulis komen: