Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pak choy aquaponics

Isnin, 14 Januari 2019, 9:01 pm0

Pak choy aquaponics ni dah 9 minggu (dari semai), sepatutnya dituai dalam minggu ke-6 hingga 8, tapi dibiarkan tumbuh lagi disebabkan saiznya yang kecil.

Sekali imbas, daunnya masih hijau, walau ada sedikit klorosis, cuma saiznya yang kecil lebih separuh daripada saiz pokok yang sihat.

Walaupun menggunakan filter hydroton, kotoran halus drpd najis atau makanan ikan akan berkumpul di akar pokok yg nampaknya mengganggu proses penyerapan nutrien.

Sistem aquaponics ini secara umum bergantung kepada makanan ikan, bahan buangan ikan dan juga kulit telur ayam (kalsium karbonat) sebagai sumber nutrien kepada tumbuhan.

Sebaiknya gunakan supplemen khas utk membekalkan nutrien tumbuhan yg diperlukan, nutrien yg kurang atau tidak terdapat dlm makanan ikan, seperti kalsium hidroksida / kapur pertanian (unsur kalsium), potassium hidroksida (unsur potassium / kalium), chelated iron FeDTPA (unsur besi) dan magnesium sulfat / garam epsom (unsur magnesium).

Rasanya pula, memang rasa sayur pak choy, tak berapa pasti macam mana nak bezakan, sebab bila dah gaul dengan megi kari besar goreng, sepinggan licin, dua kali mau! 😆

Facebook
Instagram

Pin this image:

Tulis komen: