Restart aquaponics set
Sabtu, 19 Januari 2019, 12:16 am0
Kanvas yang dipasang pada awning di belakang rumah sewa kami dah rosak, selepas kira2 10 bulan. Di sini saya simpan tangki bulat yang pada mulanya hendak digunakan sebagai tangki ikan untuk aquaponics.
Kebetulan ada lebihan paip UPVC 4″ daripada pembinaan rumah dango di kampung, dan juga ada sambungan paip yang lain seperti paip UPVC 2″, reducer 4″ ke 2″, elbow 2″ dan lain-lain.
Nampaknya ini masa yang sesuai untuk membina semula set aquaponics yang terbengkalai dulu. Rancangan saya ialah dengan mula menternak ikan tilapia di dalam tangki bulat tersebut, sebelum menambah komponen hidroponik ke set ini.
Air tangki ikan menggunakan air hujan sepenuhnya, yang datang daripada pancur atap awning.
Sementara pancur dipasang, tangki dah pun dicuci dan diletak di tempat berasingan.
Pin this image:
21 Januari 2019
14 Januari 2019